Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 13 Mac 2013

Lelaki Sakit Mental Tawan Jurujual Wanita

Lelaki yang mengacukan pisau ke arah wanita ini menghidapi sakit mental

Lelaki sakit mental ini menawan wanita yang menjadi jurujual di kedai menjual peralatan dapur

Lelaki sakit mental membenarkan jurujual wanita mengambil minuman

Kejadian ini dilihat oleh orang ramai dan polis

Polis memujuk lelaki sakit mental agar melepaskan wanita yang menjadi tawanannya

Dengan bantuan saudaranya, lelaki berkenaan dapat dipujuk dan dibawa pergi dari tempat itu oleh polis

Wanita mangsa dibawa keluar oleh anggota paramedik setelah menjadi tawanan lelaki sakit mental selama 4 jam


PUTIAN, China - Seorang pemuda yang mempunyai masalah mental dan bersenjatakan dua bilah pisau menculik seorang jurujual wanita di sebuah pasar raya di sini, petang kelmarin, lapor akhbar Shanghai Daily semalam. 
Kejadian yang berlaku pada pukul 5 petang waktu tempatan itu kemudian menjadikan wanita tersebut sebagai tebusannya. 
Beberapa anggota polis dan perunding yang tiba cuba untuk menenangkan lelaki tersebut. 
Namun, pemuda berkenaan mengacukan pisau di leher wanita itu. 
Ibu dan isteri pemuda itu bergegas ke tempat kejadian dan berjaya memujuknya memberi air minuman kepada tebusannya. 
Penculik itu kemudian bertindak membuang pisau dan melepaskan wanita yang menjadi tebusannya. 
"Kakak pemuda itu memberitahu saya bahawa dia mempunyai sedikit masalah mental," kata seorang penduduk kampung yang dikenali sebagai Liu. 
Penculik tersebut telah ditangkap oleh polis untuk siasatan lanjut. - Agensi / Kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.