Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 19 Mac 2013

Jet Peribadi Terhempas Tiga Rumah Ranap Dua Maut

Sebuah jet peribadi terhempas ke kawasan penempatan di South Bend, Indiana, pada petang Ahad

Dua orang menaiki pesawat terbunuh tetapi seorang budak lelaki terselamat semasa jet merempuh rumahnya

Kejadian berkenaan menyebabkan tiga rumah di kawasan berkenaan ranap

Sebahagian daripada badan pesawat ringan yang merempuh beberapa buah rumah di South Bend, Indiana

Pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian

Jet ini beratnya 4 tan, mempunyai enam tempat duduk dan mempunyai kelajuan 530 batu sejam


SOUTH BEND, Indiana - Dua orang terbunuh apabila pesawat yang mereka naiki terhempas di kawasan penempatan penduduk dekat Lapangan Terbang Serantau South Bend di sini kelmarin, kata pihak berkuasa Amerika Syarikat. 
Jurucakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS, Roland Herwig berkata, pesawat dua enjin itu terhempas selepas berlepas dari Lapangan Terbang Riverside di Tulsa, Oklahoma. 
Menurutnya, beberapa buah kediaman rosak akibat nahas itu. 
Tiada kecederaan dilaporkan dalam kalangan penduduk tempatan ketika pesawat berkenaan terhempas ketika cuba melakukan pendaratan. 
Beliau berkata, terdapat kemungkinan pesawat itu mengalami masalah mekanikal. 
Dua orang lagi yang menaiki pesawat tersebut turut cedera dan dirawat di hospital. 
Pesawat ringan itu milik syarikat 7700 Enterprises of Montana LLC di Helena, Montana. - Agensi / Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.