|
Kapal USS Guardian terkandas di terumbu karang Laut Sulu sejak bulan Januari |
|
Kapal USS Guardian terpaksa dileraikan kerana jika ia ditarik, terumbu karang warisan dunia tempat ia terkandas akan rosak |
|
Dek tingkat kedua kapal penyapu ranjau USS Guardian yang sudah dipotong dipindahkan ke sebuah kapal Tentera Laut AS |
|
Kapal USS Guardian dipotong kepada tiga bahagian sebelum dipindahkan ke sebuah kapal |
|
Operasi meleraikan USS Guardian telah ditunda sekurang-kurangnya empat kali disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk |
|
Cat fibreglass ditanggalkan sebelum kapal dipotong |
|
Bahagian hadapan kapal sedang diangkat oleh kren |
|
Kapal penyapu ranjau berharga US$ 277 juta ini ditamatkan perkhidmatan selepas tiga bulan terkandas di Terumbu Tubbataha. |
|
Berita mengenai kapal ini pernah disiar di Khabarkini pada 23.1.2013 |
MANILA - Badan depan sebuah kapal pembersih periuk api milik tentera Amerika Syarikat (AS), USS Guardian dipotong selepas ia terperangkap di Terumbu Tubbataha di Laut Sulu, lapor akhbar Philippine Daily Inquirer semalam.
Jurucakap Pasukan Pengawal Pantai Filipina, Leftenan Komander Armand Balilo berkata, sebuah pasukan berjaya melakukan operasi tersebut.
Badan kapal yang dipotong itu diletakkan di dalam sebuah tongkang kelmarin.
Menurutnya, pasukan penyelamat akan melakukan operasi memotong baki bahagian badan kapal itu.
Operasi memotong bahagian kapal sepanjang 68 meter itu bermula sejak 22 Februari lalu.
Bagaimanapun, operasi memotong itu terpaksa ditangguhkan kerana cuaca buruk.
Operasi memotong kapal itu dilakukan dengan menggunakan sebuah kren di atas sebuah kapal lain.
Kapal itu terkandas pada 17 Januari lalu selepas ia tersilap memasuki kawasan terumbu karang. - Agensi / Kosmo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.