Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 18 Mac 2013

Tiga Generasi Maut Kemalangan Di Batu Pahat

Keadaan kenderaan mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Kluang-Ayer Hitam, semalam. Foto: myMetro

Mangsa yang maut di tempat kejadian. Foto: myMetro


BATU PAHAT - “Saya sempat melambai tangan ketika mereka berlima keluar rumah menaiki Perodua Myvi untuk pergi ke Kukup, Pontian, namun tidak menyangka tiga generasi keluarga itu maut dalam kejadian berkenaan,” kata Siti Zaida Jamhari, 28, jiran tiga sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Kilometer 37, Jalan Kluang-Ayer Hitam berhampiran Kampung Manong, di sini, semalam. 
Siti Zaida berkata, dia diberitahu lima sekeluarga itu bercadang pergi Kukup untuk bercuti namun tidak menyangka itu kali terakhir dia melihat mereka. 
Dalam kemalangan kira-kira jam 2.55 petang itu, empat maut apabila Perodua Myvi dinaiki lima sekeluarga itu dirempuh sebuah Hyundai Matrix. 
Tiga sekeluarga yang maut termasuk wanita mengandung lima bulan, Noraslina Ibrahim, 28, yang duduk di tempat penumpang depan; ibunya Fatimah Yusof, 48, dan dan neneknya Siti Omar, 75, yang duduk di belakang. 
Pemandu Hyundai Matrix, Sim Kock Hwa, 35, turut maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di badan dan kepala. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.