Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 13 Mac 2013

Anggota Tentera Malaysia Pertama Terbunuh Di LD




LAHAD DATU - Seorang anggota tentera Malaysia terbunuh dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dengan anggota 'tentera diraja Sulu' di Sungai Nyamuk di Lahad Datu pagi ini. 
Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd Zain berkata, pasukan keselamatan bertembung dengan lima anggota penceroboh pada jam 7.45 pagi ini ketika melakukan operasi pembersihan di kawasan sekitar Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu. 
Zulkifeli (kiri) berkata penceroboh berundur ke bahagian atas Sungai Nyamuk dan anggota mengekori mereka dan diikuti dengan pertempuran pada kira-kira jam 10.45 pagi. 
Anggota tentera dilihat mengusung keranda di Hospital Lahad Datu. Foto: Berita Harian
Dalam pertempuran itu, katanya, pasukan keselamatan membunuh tiga penceroboh, tetapi malangnya, seorang anggota pasukan keselamatan turut dibunuh. 
Bercakap dalam satu sidang akhbar lewat petang ini, Zulkifeli berkata ini adalah korban pertama yang dialami pasukan keselamatan Malaysia sejak Ops Daulat dilancarkan pada 5 Mac.
ISMAIL Hussin, 55, menunjukkan sms terakhir yang dihantar anaknya, prebet Ahmad Hurairah, 24, (gambar kecil) yang terkorban dalam Ops Daulat di Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah. Foto: Berita Harian
Bagaimanapun, bercakap dalam satu sidang akhbar lewat malam ini, Ketua Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata dua penceroboh telah ditembak mati kerana pasukan keselamatan hanya menemui dua mayat. 
Apabila ditanya mengenai kenyataan Zulkifeli sebelum ini, Hamza menjawab: "Tidak, saya tidak menafikan ia, mungkin beliau mendapat laporan awal, mungkin bilangan musuh yang ditembak tiga, tetapi hanya dua mayat ditemui." 
Katanya, mungkin seorang lagi penceroboh mengalami kecederaan dan menyelamatkan dirinya (dan melarikan diri)," katanya. 
Menurutnya lagi, pertempuran yang berlaku antara jam 9 pagi hingga 1.50 tengahari, di mana seorang anggota tentera cedera. 
Hamza berkata, seorang lagi anggota tentera meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya, apabila dia "hilang kawalan" ke atas trak tentera ketika dalam perjalanan pulang dari pekan Lahad Datu ke Cenderawasih. 
Menurutnya, anggota tentera itu cedera parah dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital. Manakala seoran glagi anggota tentera dalam trak tersebut cedera di pipinya. - Malaysiakini

Prebet Maut Trak Jatuh Gaung 

RUSILAWATI tidak dapat menahan kesedihan apabila mengetahui anaknya, Ahmad Farhan terkorban dalam kemalangan trak tentera di Cenderawasih, Lahad Datu semalam.

LAHAD DATU - Seorang anggota tentera berpangkat prebet maut selepas trak yang dipandu hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 36, Jalan Lahad Datu-Tungku dekat Cenderawasih di sini semalam. 
Kejadian pada pukul 7.30 pagi itu mengorbankan Ahmad Farhan Ruslan dari Batalion 3 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Sandakan. 
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, sebelum kejadian mangsa dalam perjalanan untuk menghantar bekalan ke kawasan operasi Ops Daulat. 
Sementara itu, di Kota Bharu, Kelantan, seorang ibu tidak menyangka kelibat beberapa anggota tentera yang datang ke rumahnya di Taman Desa Darulnaim 2, Pasir Tumboh membawa khabar sedih mengenai kematian anaknya yang menyertai Ops Daulat. 
Rusilawati Ghani, 44, berkata, Ahmad Farhan, anak kedua daripada lima beradik itu maut selepas kenderaan yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan. - Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.