Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 27 Mac 2013

Cyprus Hadkan Pengeluaran Wang Tunai Di ATM

Bank pusat Cyprus, mengeluarkan arahan mengehadkan pengeluaran wang berjumlah 100 euro (RM403) sehari

Arahan tersebut dipersetujui oleh Presiden Nicos Anastasiades

Arahan tersebut menyebabkan penduduk Cyprus menghadapi masalah mengeluarkan wang tunai

Penduduk Cyprus beratur di hadapan sebuah bank untuk mengeluarkan wang melalui mesin teler automatik

NICOSIA - Bank pusat di Cyprus, kelmarin mengeluarkan arahan mengehadkan pengeluaran wang berjumlah 100 euro (RM403) sehari menerusi mesin teler automatik (ATM) milik dua institusi kewangan di negara itu. 
Dipetik Reuters, jurucakap Bank Popular yang merupakan peminjam kedua terbesar di Cyprus memaklumkan langkah tersebut akan berkuat kuasa hingga premis itu dibuka semula hari ini atau selepas memperoleh dana kecemasan berterusan dari Bank Pusat Eropah. 
Difahamkan, perkara tersebut diputuskan selepas Presiden Nicos Anastasiades menyertai mesyuarat saat akhir bersama dengan peminjam antarabangsa bagi menyelamatkan negara itu dari terus dilanda krisis kewangan. 
Bagaimanapun, rundingan bersama menteri Kesatuan Eropah, Ketua Bank Pusat Eropah dan Pengarah Urusan Tabung Kewangan Eropah (IMF) berhubung dana bantuan berjumlah 10 bilion euro (RM40 bilion) tersebut gagal mencapai sebarang penyelesaian. - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.