Berhati-hati kerana ramai orang mati di seluruh dunia berpunca daripada pengambilan garam yang berlebihan
Garam telah dikaitkan dengan kematian lebih daripada minuman bergula
Minuman bergula pula mempunyai kaitan dengan kematian 180,000 orang setiap tahun di seluruh dunia
LONDON - Pengambilan garam berlebihan didakwa menjadi punca kematian 2.3 juta penduduk di seluruh dunia pada setiap tahun.
Dipetik MailOnline, kajian oleh Persatuan Jantung Amerika ke atas 247 dewasa menunjukkan sebanyak 15 peratus daripada mereka meninggal dunia akibat serangan strok dan penyakit berkaitan kardiovaskular.
Sementara itu, penyelidikan dilakukan oleh pakar di Universiti Harvard mendapati minuman ringan hanya menyebabkan 180,000 orang maut pada setiap tahun, namun jumlah tersebut tetap berada pada tahap membimbangkan.
Profesor Bersekutu Perubatan dan Epidemiologi, Dariush Mozaffarian berkata masalah itu boleh diatasi dengan langkah kesihatan awam seperti program kurangkan pengambilan garam dan gula di peringkat global. - Sinar Harian



Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.