Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 16 Oktober 2013

Afghanistan Semakin Kurang Selamat

Sebuah ambulan tiba di masjid Puli Alam selepas berlaku letupan bom di masjid itu selesai solat Hari Raya Aidiladha

Letupan bom itu disasarkan untuk membunuh Gabenor Logar, Arsallah Jamal

Bom yang diletakkan di dalam mikrofon itu meletup ketika Arsallah sedang memberi ucapan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha

Pasukan keselamatan Afghanistan memeriksa pintu masuk masjid tempat Gabenor Logar, Arsallah Jamal terbunuh

Sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap insiden letupan ini


KABUL, Afghanistan - Sebutir bom yang diletakkan di dalam mikrofon di dalam sebuah masjid dekat sini telah membunuh Gabenor Logar, Arsallah Jamal di timur Afghanistan semalam. 
Bom itu meletup ketika beliau sedang memberi ucapan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada waktu pagi di dalam masjid tersebut. 
Menurut jurucakap gabenor itu, Din Mohammad Darwesh, letupan di masjid di bandar Puli Alam itu turut mencederakan 15 orang. 
Sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap insiden tersebut. 
Arsallah, 47, merupakan penyokong kuat Presiden Afhanistan, Hamid Karzai. 
Beliau pernah menjadi pengurus kempennya semasa pilihan raya Presiden pada tahun 2009. - Agensi/Kosmo! Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.