Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 21 Oktober 2013

Lembu Korban Mengamuk Tahun Ini

Seekor lembu jantan untuk korban terlepas dari tempat penyembelihan hingga menghalang lalu lintas. Foto: myMetro

Lembu korban mengamuk menanduk seorang penduduk di Bukit Mertajam pada 15 Oktober lalu. Foto: Sinar Harian

Di Kuching, Lembu korban terjatuh ke dalam parit sedalam lima meter sebelum menemui ajal di situ


Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Qurban tahun ini sudah pun berlangsung pada 15 Oktober 2013 yang lalu. Beruntunglah bagi umat Islam yang berpelung melakukan salah satu atau dua ibadah penting iaitu menunaikan haji ke Makkah dan melakukan ibadah korban. 
Alhamdulillah, Tidak terdapat kejadian yang menggemparkan berlaku di Makkah pada musim haji tahun ini. Walau bagaimanapun, lain pula ceritanya di tanah air. 
Di Puchong, Harian Metro melaporkan, pengguna yang melalui Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran Masjid Batu 12, gempar apabila seekor lembu jantan untuk korban sempena Aidiladha terlepas dari tempat penyembelihan hingga menghalang lalu lintas. 
Haiwan itu dikatakan tiba-tiba ‘naik minyak’ ketika orang kampung berusaha menumbangkannya sewaktu hendak disembelih menyebabkan tali yang diikat pada pokok putus sebelum ia melarikan diri dua kilometer. Bagaimanapun, haiwan itu ditangkap semula sebelum dibawa ke masjid dan disembelih. 
Manakala di Ipoh, myMetro melaporkan, seekor lembu betina yang sepatutnya dijadikan korban pada Aidiladha, naik minyak dan menyerang sekumpulan pelancong di sebuah gerai di Jalan Raja Muda Aziz, sehingga menyebabkan seorang pelancong warga emas cedera selain beberapa kenderaan rosak. 
Di Bukit Mertajam, Sinar Harian melaporkan, lembu korban yang mengamuk telah bertindak menanduk salah seorang penduduk sehingga terpelanting ke tanah. Mujurlah pemuda itu tidak mengalami sebarang kecederaan. 
Manakala di Kuching, Sarawak, Kosmo melaporkan, kemeriahan orang ramai melaksanakan majlis korban sempena Aidiladha di Jalan Matang-Laruh Skim gempar seketika apabila seekor lembu yang hendak disembelih tiba-tiba mengamuk sebelum melarikan diri. 
Lebih malang lagi, dalam situasi kelam-kabut itu lembu berkenaan kemudian terjatuh ke dalam parit sedalam lima meter sebelum menemui ajal di situ. 
Kejadian lembu mengamuk mungkin merupakan kes terpencil jika berlaku hanya di satu tempat. Namun seperti yang dilaporkan, kejadian serupa berlaku di berbagai tempat yang berlainan di negara ini. Apakah rahsia atau hikmah di sebalik kejadian ini? Mari sama-sama kita renungkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.