Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 15 Oktober 2013

Gempa Bumi Kuat Di Mindanao, Filipina Pagi Tadi

Lokasi gempa bumi di negara jiran Filipina pada hari ini


KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 8.12 pagi ini. 
Namun, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya hari ini, gempa itu tidak membawa sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia. 
Pusat gempa bumi itu terletak kira-kira 31km di timur laut Tagbilaran City, Filipina dan 806km di timur laut Sandakan, Sabah. - Bernama

Anggota penyelamat menggunakan kren mengangkat runtuhan bangunan di bandar Cebu, Filipina

Bangunan runtuh di bandar Cebu akibat gempa bumi

Anggota penyelamat mengeluarkan mayat mangsa korban gempa bumi di bandar Cebu

Penduduk tempatan melihat-lihat kereta rosak teruk ditimpa bangunan runtuh

Para peniaga di sebuah pasar bertempiaran lari keluar untuk menyelamatkan diri semasa kejadian gempa

Penduduk tempatan melihat-lihat bangunan gereja yang runtuh di bandar Loboc, Bohol

Sebatang jalan raya rosak teruk selepas kejadian gempa bumi di bandar Loboc, Wilayah Bohol

Atap dan struktur bangunan Gereja San Pedro di Loboc, Bohol rosak teruk

Lima orang terbunuh semasa tempat memancing ini runtuh akibat gampa bumi

Gempa bumi berlaku ketika cuti umum kerana penduduk Islam menyambut Hari Raya Haji


CEBU - Sekurangnya 32 mangsa terkorban termasuk 15 di Cebu selepas gempa bumi besar melanda tiga pulau pelancongan popular di Filipina, pagi tadi. 
Governor Bohol pula melaporkan sekurangnya 16 orang terkorban manakala lebih 100 lagi cedera manakala seorang mangsa disahkan mati di pulau Siquijor. 
Gempa bumi kuat itu juga menyebabkan beberapa bangunan roboh, jalan raya rosak dan kejadian tanah runtuh, menurut jurucakap pejabat pertahanan awam, Reynaldo Balido. 
Bagaimanapun, jumlah mangsa akan meningkat dan kerosakan sepenuhnya belum diketahui lagi, menurut Balido serta anggota penyelamat lain. 
Namun, mereka berterima kasih gempa ini berlaku pada cuti umum dan tidak ramai berada di dalam bangunan yang mengalami kerosakan besar. 
Gempa bumi kuat berukuran 7.1 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 8.12 pagi tadi. 
Pusat gempa bumi itu terletak kira-kira 31 kilometer di timur laut Tagbilaran City dan 806km di timur laut Sandakan, Sabah. 
Namun, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu tidak membawa sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia. - Agensi/myMetro

Anggota pasukan penyelamat sedang mengeluarkan mayat mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan

Seorang doktor sedang merawat seorang mangsa gempa bumi di luar Hospital Vesente Sotto di Cebu yang rosak akibat gempa


CEBU - Gempa bumi 7.2 magnitud menggegarkan tiga pulau bahagian tengah Filipina semalam, mengorbankan sekurang-kurangnya 93 orang, sebahagiannya orang Islam yang menyambut Aidiladha. 
Tenaga yang dilepaskan gempa itu bersamaan dengan ledakan 32 ‘bom Hiroshima’, kata Pengarah Institut Gunung Berapi dan Gempa Filipina, Renato Solidum. 
Solidum memberitahu akhbar Philippine Daily Inquirer bahawa gegaran itu paling kuat melanda rantau Visayas dan Mindanao dalam tempoh 23 tahun. - Berita Harian 16.10.2013

Runtuhan bangunan ini akibat gempa bumi menimpa kereta yang diletakkan di hadapannya

Lagi kemusnahan harta-benda awam akibat gempa bumi di Cebu, Filipina


CEBU - Gempa bumi berukuran 7.2 magnitud meragut nyawa sekurang-kurangnya 93 orang di tengah Filipina semalam, meruntuhkan bangunan dan gereja bersejarah, selain turut menyebabkan penduduk berasak-asak hingga membawa kematian. 
Penduduk yang panik bertempiran lari ke jalan raya selepas gempa melanda kira-kira jam 8.12 pagi (waktu tempatan). 
Ia berpusat kira-kira 30 kilometer berhampiran pekan Carmen di Pulau Bohol, di mana banyak bangunan runtuh, jalan merekah dan jambatan turut roboh. 
Kerosakan teruk turut melanda bandar Cebu yang padat penduduk, terletak bertentangan terusan sempit dari Bohol yang mengakibatkan kematian apabila sebuah bangunan di pelabuhan dan bumbung di kawasan pasar runtuh. 
Gempa juga menyebabkan penduduk berasak-asak di dua bandar yang berdekatan. Ketika kejadian, penduduk yang berada di sebuah gimnasium di Cebu bertempiaran keluar dalam keadaan panik menyebabkan lima orang maut, manakala lapan lagi cedera, kata pegawai pengurusan bencana, Neil Sanchez. 
Menurut sumber, 18 lagi cedera ketika berasak-asak untuk keluar dari sebuah bangunan pejabat yang bergegar di bandar lain. 
Sekurang-kurangnya 16 orang maut di Bohol dan 15 di Cebu, manakala puluhan lagi cedera, kata Sanchez. 
“Kami berlari keluar dari bangunan dan memeluk batang pokok kerana gegaran yang kuat,” kata kakitangan awam, Vilma Yorong. 
“Apabila gegaran berhenti, saya berlari ke jalan raya dan di sana saya lihat beberapa orang cedera. Sesetengahnya mengatakan gereja sudah runtuh,” katanya. 
Vilma dan beberapa penduduk berlari ke gunung, bimbang dengan kejadian tsunami akan berlaku selepas gempa. 
“Beberapa minit selepas gempa, penduduk bertolak-tolak antara satu sama lain untuk pergi ke kawasan bukit,” katanya. 
Bagaimanapun gempa itu tidak menyebabkan tsunami. 
Pejabat dan sekolah ditutup kerana cuti am perayaan Aidiladha yang secara tidak langsung mungkin telah menyelamatkan banyak nyawa. - AFP/myMetro 16.10.2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.