Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 7 Oktober 2013

Suspek Cuba Rempuh Sekatan Polis Ditembak

Kereta yang digunakan oleh Miriam Carey ketika merempuh sekatan polis dekat White House

Langkah berjaga-jaga. Seorang anggota Secret Service sedang membuat tinjauan dari bumbung White House

Lagi anggota Secret Service berkawal di halaman White House

Sebuah kenderaan polis pengawal bangunan Capitol rosak teruk

Anggota polis pengawal bangunan Capitol sedang berkawal

Miriam Carey, suspek yang ditembak mati berhampiran bangunan Capitol


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita yang cuba merempuh sekatan polis dengan sebuah kereta dekat White House di sini kelmarin ditembak mati berhampiran bangunan Capitol Hill. 
Suspek yang dikenali sebagai Miriam Carey, 34, memandu sebuah kereta Nissan Infiniti berwarna hitam secara berbahaya dan membawa seorang anak perempuan berusia satu tahun. 
Ketua Polis Washington, Cathy Lanier berkata, pihak berkuasa kemudian mengejar suspek dari White House hingga ke bangunan Capitol Hill. 
Suspek dari Stamford, Connecticut meninggal dunia berhampiran bangunan Capitol Hill selepas polis melepaskan dua tembakan ke arahnya. 
Bagaimanapun, anak wanita terbabit berada dalam keadaan baik dan diberi perlindungan. 
Sementara itu, Ketua Polis Capitol, Kim Dine berkata, insiden berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan keganasan. 
Drama tersebut turut disaksikan oleh sebahagian pelancong di luar bangunan Capitol Hill. Malah ketika kejadian, sejumlah wakil rakyat sedang berdebat bagi menamatkan penutupan operasi kerajaan AS. 
Dalam perkembangan berkaitan, ibu suspek, Idella Carey mendedahkan bahawa anaknya mengalami kemurungan selepas melahirkan anak pada Ogos tahun lalu. - AP/Kosmo! Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.