Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 1 Oktober 2013

Pesawat Penerbangan Alitalia Terbabas 10 Cedera

Kegagalan gear pendaratan berfungsi menyebabkan sebuah pesawat penerbangan Alitalia terbabas semasa mendarat

Agensi berita ANSA melaporkan 10 daripada 151 penumpang pesawat Airbus A320 dari Madrid ini cedera ringan

Sebuah pesawat Airbus A320 milik penerbangan Alitalia

Lapangan Terbang Fiumicino, Rom, Itali


ROM - ITALI. Kegagalan gear pendaratan berfungsi menyebabkan sebuah pesawat penerbangan Alitalia terbabas ketika ia mendarat di landasan Lapangan Terbang Fiumicino, menurut pihak berkuasa, kelmarin. 
Agensi berita ANSA melaporkan 10 daripada 151 penumpang pesawat Airbus A320 dari Madrid itu dilaporkan cedera ringan dan dirawat oleh kakitangan perubatan di lapangan terbang tersebut. 
Dalam satu kenyataan kepada AFP, juruterbang memberitahu bahawa beliau bertindak segera melaporkan mengenai perkara itu kepada pusat kawalan trafik udara selepas menyedari masalah tersebut. 
Saksi mendakwa mereka juga terpaksa berhadapan detik cemas selepas sayap kanan terpaksa digunakan untuk menyokong pesawat tersebut ketika pendaratan cemas itu dibuat. 
Susulan daripada insiden itu, Agensi Keselamatan Pengangkutan Udara Kebangsaan memaklumkan mereka telah membuka siasatan berhubung kejadian tersebut. - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.