Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 16 Oktober 2013

China Berjaya Klon Helikopter Apache AS?

Imej menunjukkan sebuah helikopter mirip helikopter Apache Amerika Syarikat sedang diangkat dengan trak di China

Helikopter ini diangkat di atas trak secara terbuka

Imej ini membimbangkan pihak Amerika Syarikat andainya pihak China telah berjaya mengklon helikopter Apache mereka

Foto tahun 2011 ini menunjukkan sebuah helikopter Apache buatan Amerika Syarikat


Satu imej yang menunjukkan sebuah helikopter mirip helikopter Apache buatan Amerika Syarikat (AS) sedang diangkut menggunakan sebuah trak dilihat di China. 
Helikopter berkenaan diangkut di atas trak secara terbuka. 
Helikopter Apache mempunyai avionik bersepadu dari segi persenjataan dan sistem komunikasi, dan menggunakan teknologi rahsia. 
Imej-imej berkenaan telah mendorong kebimbangan AS bahawa China telah menemui cara pengklonan perkakasan tentera. China sebelum ini berjaya mengklonkan beberapa sistem persenjataan AS yang paling canggih, menurut laporan The Aviatonist . 
Tidak jelas bila gambar-gambar berkenaan diambil, tetapi gambar-gambar ini muncul dalam Blog Pertahanan China baru-baru ini. 
Pada tahun 2011, The Aviatonist dilaporkan mendakwa bahawa China mampu membina pengebom stealth pertama mereka menggunakan teknologi yang dipungut daripada jet pejuang AS yang ditembak jatuh. 
Beijing kemudian mengumumkan kejayaan mereka menghasilkan sebuah jet pejuang yang dinamakan Chengdu J-20 pada bulan April, 2011. 
Pada masa itu, pegawai-pegawai tentera berkata China mungkin mampu membangunkan teknologi stealth menggunakan bahagian jet F-117 Nighthawk AS yang ditembak jatuh di Serbia pada tahun 1999. 
Teori-teori lain mencadangkan bahawa helikopter berkenaan adalah prop filem bersaiz penuh, atau salah satu daripada helikopter Apache tentera AS yang ditembak jatuh atau kemalangan di Iraq, yang kemudiannya dijual kepada China. 
Helikopter Apache buatan Boeing mempunyai empat bilah kipas, merupakan helikopter penyerang dengan enjin berkembar, mula-mula dibangunkan dan diterbangkan pada tahun 1975, sebelum digunakan oleh tentera AS pada tahun 1986. 
China tidak terdapat dalam senarai pengeksport teknologi ini yang diluluskan. 
Satu teori lagi mengatakan helikopter ini ialah Apache yang ditembak jatuh semasa serangan 2003 di Karbala. 
Dua juruterbangnya telah ditangkap dan disiarkan di televisyen bersama-sama dengan helikopter berkenaan, tetapi Pentagon kemudian berkata Apache itu telah musnah semasa serangan udara pada hari berikutnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.