Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 11 Oktober 2013

Akauntan Sembunyikan Wang Dalam Coli

Seorang akauntan wanita di Los Angeles memasukkan wang peruntukan makan tengah hari untuk sekolah ke dalam colinya

Judith Oakes, 48, menggelapkan wang AS$3 juta (RM9.56 juta) dana makan tengah hari sekolah daerah Rialto

Judith bertugas di Jabatan ini dan dipercayai sudah menggelapkan wang sejak tujuh tahun lalu


LOS ANGELES - Seorang akauntan wanita dari Jabatan Perkhidmatan Makanan di daerah Rialto didapati memasukkan sejumlah besar wang peruntukan makan tengah hari untuk sekolah ke dalam colinya. 
Perbuatan Judith Oakes, 48, menggelapkan wang AS$3 juta (RM9.56 juta) untuk dana makan tengah hari bagi sekolah di daerah itu dirakam kamera litar tertutup CCTV. 
Judith dilantik menjadi akauntan di daerah itu sejak 16 tahun lalu. Pengurus jabatan berkenaan di Rialto, Derek Harris segera menghubungi polis apabila menyedari rakaman mengenai perbuatan kakitangannya itu pada 7 Ogos lalu. 
Judith meletakkan jawatan sehari selepas ditahan. 
Polis yang kemudian memeriksa kediamannya turut menemui wang tunai ribuan dolar dan mengesyaki Judith sudah menggelapkan wang sejak tujuh tahun lalu. 
Ketua Polis Rialto, Randy De Anda memberitahu akhbar Los Angeles Times yang Judith menyelia wang makan tengah hari untuk 29 sekolah di daerah itu. 
Judith didakwa Selasa lalu atas jenayah menggelapkan wang, menurut Inland Valley Daily Bulletin. 
Akhbar berkenaan melaporkan Judith hidup dengan mewah. Dia dan mendiang suaminya Jack Oakes memiliki kenderaan mewah, jet ski dan kenderaan padang pasir. Suami wanita terbabit mati pada 2010. - Agensi/myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.