Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 29 Oktober 2013

Lelaki Paling Tinggi Bertemu Jodoh

Sultan Kosen, setinggi 173 sentimeter (5 kaki 8 inci), melangsungkan perkahwinan dengan Merve Dibo, seorang wanita normal

Sultan, 30, berkahwin dengan Merve yang berusia 20 tahun

Perbezaan ketinggian yang ketara tidak halang pasangan ini untuk berkahwin

Sultan memimpin tangan isterinya

Sultan bergambar kenangan bersama isteri, ahli keluarga dan sahabat handainya

Hadirin mengambil kesempatan merakamkan gambar menggunakan telefon bimbit



LONDON - Selaku lelaki paling tinggi di dunia, Sultan Kosen sudah pasti sukar untuk mencari teman hidup yang sesuai dengan ketinggiannya 252 sentimeter (8 kaki 3 inci). 
Tidak hairanlah apabila dia menganggap perkahwinannya dengan Merve Dibo yang setinggi 173 sentimeter (5 kaki 8 inci) sebagai satu keajaiban. 
Meskipun perbezaan ketinggian mereka begitu ketara, Sultan, 30, meraikan hari paling bersejarahnya kelmarin apabila berkahwin dengan wanita berusia 20 tahun itu di negara asalnya, Turki. 
Sebelum berkenalan dengan Merve, Sultan pernah meluahkan kekecewaannya untuk mencari rakan hidup memandangkan kebanyakan calon terlalu rendah berbanding ketinggiannya. 
Namun, kelmarin, petani separuh masa itu yang terpaksa menempah khas pakaian perkahwinan dan kasut saiz 28 untuk majlis itu berkata, dia begitu gembira kerana menemui Merve. 
“Agak malang kerana saya tidak menemui calon sama tinggi dengan saya. Tetapi kini, saya sudah mempunyai keluarga dan kehidupan peribadi sendiri,” katanya dalam satu kenyataan. 
Sultan, seorang daripada 10 lelaki yang menjangkau ketinggian lapan kaki menghidap kecelaruan pertumbuhan yang dinamakan ‘pituitary gigantism,’ yang menyebabkan tubuhnya mengeluarkan hormon pembesaran secara berterusan. 
Tubuhnya mula tinggi pada usia 10 tahun dan dinobatkan sebagai lelaki tertinggi di dunia pada 2009 dan akhirnya berhenti membesar pada 2011. 
Pemegang rekod lelaki paling tinggi di dunia ialah Robert Wadlow dari Illinois, Amerika Syarikat yang mati pada 1940 dengan ketinggian melebihi 272 sentimeter.- AFP/myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.