Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 2 Oktober 2013

Wanita Keturunan Pegawai Nazi Jerman

Wanita ini berkata dia adalah keturunan pegawai SS Nazi Jerman

Monika, iailah ibu kepada Jennifer dan merupakan anak kepada Amon Goeth, pegawai SS Nazi Jerman

Monika semasa kecil bersama ibunya, Ruth Irene Kalder, perempuan simpanan Amon Goeth

Amon Goeth sadis dan gemar melihat penderitaan para tahanan di kem tahanan

Amon Goeth semasa perbicaraan jenayah perang

Amon Goeth
Jennifer Teege


Menurut Jennifer, kalau datuknya mengetahui kewujudannya, dia mungkin sudah mati ditembak olehnya, kerana masalah perkauman. Sebab, selain bangsa Arya dan Eropah, semua bangsa lain adalah 'sub-manusia' atau bukan manusia pada pandangan gerakan Nazi dan para pengikutnya. 
Dalam bukunya, "Amon: My Grandfather Would Have Shot Me", Jennifer menceritakan asal-usul keluarganya dan keyakinannya datuknya tidak akan membiarkan dia hidup. 
Amon Goeth dikenali sebagai sadis dan gemar melihat penderitaan para tahanan di kem tahanan Poland. 
Dikisahkan dalam filem "Schindlers List", dia kerap menembak para tahanan, hanya untuk suka-suka. Atau meneguk minuman keras sambil melihat anjing pengawal merobek tubuh para tahanan. 
Goeth dihukum gantung atas tuduhan melakukan jenayah perang pada tahun 1946. 
Namun, bagaimana darah keturunan Goeth boleh ada dalam tubuh Jennifer? 
Jennifer Teege adalah keturunan Goeth daripada anak perempuannya yang telah menjalin hubungan asmara singkat tanpa komitmen dengan seorang mahasiswa dari Nigeria. 
Semasa dilahirkan, Jennifer menggunakan nama keluarga sebelah ibunya. 
Setelah dibela untuk seketika, ibu Jennifer yang bernama Monika telah menyerahkannya kepada pasangan kaya di Munich. 
Monika yang dilahirkan pada tahun 1945 sebenarnya adalah anak Ruth, bekas setiausaha sekaligus kekasih gelap Goeth. 
Setelah dewasa, Jennifer mencari buku yang ditulis ibunya, yang menceritakan tentang Goeth - yang dikenali sebagai 'Butcher of Plaszow' atau 'Penyembelih dari Plaszow'. Dia mula meneliti asal-usulnya. 
Setelah mengetahui yang dia adalah keturunan Goeth, Jennifer rasa terpukul. 
"Rasanya karpet yang saya pijak tiba-tiba terasa koyak," katanya seperti yang disiarkan dalam Daily Mail, 30 September 2013. 
"Saya berbaring di bangku, menelefon suami minta dia ambil saya, saya rasa tidak berdaya hendak memandu sendiri." 
Tiba di rumah, Jennifer minta agar tidak diganggu. Sambil berbaring, dia membaca buku tersebut helai demi helai. 
Sebelum mencari buku itu, Jennifer sudah pernah menonton filem "Schindlers List" - kisah tentang seorang peniaga di Plaszow yang menyelamatkan pekerja Yahudinya. Ketika itu Jennifer sedang belajar di Israel. 
"Walaupun nama lahir saya Goeth, namun saya tidak melihatnya tertulis dalam filem itu. Saya hanya mendengar nama itu disebut dan tidak menyangka ia ada kaitan dengan diri saya," kata ibu kepada dua anak ini. 
Setelah mengetahui asal-usulnya, Jennifer telah melawat runtuhan Plaszow, di luar bandar Krakow - melihat rumah yang pernah didiami oleh datuknya. 
Jennifer boleh dikatakan telah putus hubungan dengan ibunya - yang kini dikenali sebagai Monika Hertwig. Namun rumah itu mengikat sejarah hidup kedua mereka. 
Di hadapan rumah yang sama, Monika pernah ditemuramah untuk sebuah rancangan dokumentari pada tahun 2010, yang menceritakan tentang anak-anak para algojo Nazi. 
"Saya melihat ayah saya menembak seorang perempuan yang mendukung bayinya dari atas beranda. Saya merasa tersiksa dengan fakta bahawa darahnya mengalir dalam tubuh saya," cerita Monika tentang ayahnya. 
Amon Goeth (1908-1946) adalah salah seorang kapten SS yang paling terkenal. Ia mahsyur dengan gelaran 'Penyembelih dari Plaszow' - gelaran yang dikaitkan dengan nama kem tahanan tempatnya bertugas, 
Goeth menyertai gerakan politik ultra-nasionalis dan anti-Semitik ketika masih remaja. Ia menganggotai pasukan SS pada tahun 1930 dan dilantik untuk mengawasi pembinaan Plaszow. 
Beribu-ribu orang Yahudi dari Krakow telah dihantar ke kem tersebut, di mana mereka dikerah melakukan kerja paksa sekaligus menjadi sasaran kebengisan Goeth. 
Goeth boleh menembak tahanan dari tingkap biliknya, hanya kerana disebabkan mereka berjalan terlalu lambat. Atau membiarkan anjing merobek tubuh tahanan. 
Salah seorang tahanan Yahudi yang diselamatkan Oskar Schindler mengatakan, "Bila anda melihat Goeth, anda melihat kematian." 
Namun sekejam-kejam Goeth, dia masih memiliki secebis rasa perikemanusiaan. Dia telah menyelamatkan nyawa seorang tahanan perempuan setelah mendengar dia memainkan karya Chopin melalui piano. 
Bagaimanapun untuk ukuran pasukan SS, kekejaman Goeth sudah melampaui batas. 
Pada tahun 1944 Goeth telah ditangkap dan didakwa atas tuduhan penyiksaan tahanan. Sebelum sempat dibicarakan oleh pihak Jerman, dia telah ditahan oleh tentera AS, dibicarakan dan kemudian dihukum gantung sampai mati. 
Goeth mempunya tiga anak bersama istrinya, Anny. Seorang lagi anak ialah hasil hubungan gelapnya dengan setiausahanya, Ruth Irene Kalder - ibu Monika dan nenek kepada Jennifer. 
Kejahatan Goeth kembali menjadi sorotan pada 1993, ketika wataknya dilakonkan oleh Ralph Fiennes dalam filem "Schindlers List", yang diarahkan Steven Spielberg.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.