Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 18 Oktober 2013

Toyota Panggil Balik 885,000 Kenderaannya

Camry

Camry Hybrid

Avalon

Avalon Hybrid

Venza


WASHINGTON - Toyota hari ini memanggil balik 885,000 unit kenderaannya bagi membaiki masalah pendingin udara yang boleh menyebabkan kebocoran kepada beg udara. 
Toyota berkata, model yang terbabit ialah pembuatan tahun 2012 dan 2013 iaitu Camry, Camry Hybrid, Avalon, Avalon Hybrid, dan Venza. 
Kebanyakan model berkenaan adalah di Amerika Syarikat (803,000) manakala 15,000 unit lagi di Asia Barat dan 1,600 lagi di Eropah. 
Syarikat pembuat kereta Jepun itu berkata, masalah yang dikesan ialah pada unit penutup kondenser pendingin udara di kenderaan. 
Air dari penutup pendingin boleh bocor dan memasuki beg udara dan jika ia berlaku boleh menyebabkan litar pintas dan beg udara gagal berfungsi. - AFP/Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.