|
Anggota polis mengangkat mayat Muhammad Shamirul. Foto: Sinar Harian |
|
Nelayan setempat turun sama menyertai operasi mencari. Foto: Sinar Harian |
|
Bot digunakan keluarga mangsa semasa kejadian berkenaan. Foto: Sinar Harian |
|
Wakil dari JKM menyerahkan bantuan kepada isteri mangsa. Foto: Sinar Harian |
TELOK PANGLIMA GARANG – Hasrat lima sekeluarga meluangkan masa petang mereka bersama menaiki bot bersiar sambil menangkap ikan berakhir tragedi apabila bapa dan anak bongsunya lemas selepas terjatuh ke Sungai Telok Mengkuang, di sini, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu berlaku di tengah sungai apabila mangsa Hisham Hizir@Khizir cuba menyelamatkan anaknya Muhammad Shamirul Hisham, 3, yang terjatuh selepas bot dikemudi isteri mangsa terkena tali khemah kemudian berpusing menyebabkan kedua-duanya terjatuh sebelum di bawa arus.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan berkata, isteri mangsa yang menyedari mangsa dan anaknya terjatuh ke dalam sungai segera menghidupkan enjin bot untuk menyelamatkan mereka berdua, namun hanya sempat mengangkat suaminya naik ke atas bot manakala anaknya terus dibawa arus.
Dalam pada itu, Muhammad Shamirul pula ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian sekitar jam 2.15 petang semalam oleh sekumpulan nelayan yang turut membantu mencari mangsa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Banting, Mohd Jaslizad Jalil ketika mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya memulakan operasi mencari mangsa kelmarin dan mayat mangsa akhirnya ditemui dalam masa 18 jam.
“Mayat kanak-kanak yang berbaju kuning dan berseluar jeans itu kemudiannya di bawa ke Hospital Banting untuk proses tindakan lanjut,” katanya. - Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.