|
TRW Automotive sedang membangunkan teknologi beg udara tambahan yang berfungsi dari bahagian tepi kereta |
|
Jika berjaya teknologi baru ini akan digunakan pada kenderaan premium buatan Jerman sebelum akhir dekad ini |
|
Demonstrasi tentang inovasi teknologi baru menggunakan model hidup oleh TRW Automotive |
LONDON - Beg udara tambahan yang berfungsi dari bahagian tepi kereta ialah rekaan ciri-ciri keselamatan terbaru yang dibangun industri permotoran.
Beg udara itu akan keluar dari celah pintu kereta dalam tempoh 20-30 milisaat untuk melindungi bahagian tepi kenderaan akibat kesan rempuhan.
Pereka di TRW Automotif kini berusaha menghasilkan radar dan sistem kamera bagi mengesan detik tepat untuk beg udara itu berfungsi.
Mereka berharap dapat melengkapkan beg udara itu pada kenderaan premium buatan Jerman sebelum akhir dekad ini.
Naib Persiden TRW, Norbert Kagerer berkata, “Rempuhan di bahagian tepi adalah satu daripada kadar kemalangan tertinggi dengan perkiraan 37-40 peratus jumlah nahas.
Projek pembangunan rekaan baru berkenaan dibiayai Kesatuan Eropah dan bermula tiga tahun lalu di Sepanyol.
Beg udara yang diuji itu berukuran 200 sentimeter panjang, 70sm tinggi dan antara 15 hingga 20sm dalam dengan kapasiti 200 liter. - Agensi/myMetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.