Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 1 Oktober 2013

Rapl Lauren Orang Ke-162 Terkaya Di dunia

Sebelum bergelar seorang multi bilion, Lauren bekerja di bahagian runcit sebelum menghasilkan koleksi tali leher

Lauren bersama isteri dan anak-anaknya, Andrew (kiri), Dylan (dua, kanan) dan David (kanan).

Lauren menerima pingat penghargaan daripada Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy

Lauren semasa temuramah dengan selebriti Oprah Winfrey

Lauren bersama koleksi kereta Lamborghini 

Pada September tahun lalu, Forbes menganggarkan kekayaan Lauren bernilai AS$6.5 bilion (RM21 bilion)
 

JENAMA Ralph Lauren bukanlah asing bagi penggemar fesyen hari ini. Malah, jenama yang telah bertapak di pasaran sejak lebih 30 tahun lalu berjaya mengukir kejayaannya yang tersendiri. 
Siapa sangka daripada hanya seorang kanak-kanak biasa yang begitu meminati fesyen, mampu bersinar sebagai salah seorang penyumbang besar kepada industri fesyen dunia. 
Hari ini, jenama itu bukan sahaja menawarkan koleksi pakaian tetapi turut mengembangkan portfolionya dengan pelbagai produk seperti hiasan rumah dan wangian. 
Ralph Lauren merupakan seorang pereka fesyen Amerika Syarikat (AS) bagi jenama fesyen ikonik Polo Ralph Lauren. 
Sebelum bergelar seorang multi bilion, beliau bekerja di bahagian runcit sebelum menghasilkan koleksi tali leher. 
Pada September tahun lalu, Forbes menganggarkan kekayaannya bernilai AS$6.5 bilion (RM21 bilion) sekali gus menjadikannya orang ke 162 terkaya di dunia. Lauren menggunakan kekayaannya untuk mengumpul kereta klasik dan unik. 
Kehidupan awal 
Lauren ketika masih muda
Anak kepada pasangan Yahudi Ashkenazi dan Frank Lifshitz bersama abangnya Jerry menukar nama akhir kepada Lauren pada usianya 16 tahun kerana kerap diejek ketika di sekolah. Namun, seorang lagi abangnya, Lenny masih mengekalkan nama akhir yang sama. Ketika di sekolah, Lauren terkenal di kalangan rakan-rakannya kerana sering menjual tali leher. 
Lauren melanjutkan pelajaran di Baruch College, Manhattan dalam jurusan perniagaan selama dua tahun. 
Pada 1962 hingga 1964, Lauren berkhidmat untuk Tentera Darat AS sebelum berhenti dan bekerja sebagai jurujual di Brooks Brothers dan kemudiannya sebagai jurujual di sebuah syarikat tali leher. 
Awal kerjaya 
Pada 1967, Lauren mula mereka tali leher lelaki dan menjualnya di beberapa kedai besar termasuk Bloomingdale di bawah jenama Polo. Beliau kemudiannya menerima hak untuk menggunakan cap dagangan Polo dari Brooks Brothers. 
Gedung perniagaan Lauren di New York
Lauren kemudiannya mengembangkan hasil rekaan kepada pakaian lelaki, dan dianugerahkan COTY Award pada tahun 1970, dan membuka butik Polo pertama di Rodeo Drive. Beverly Hills pada 1971. 
Selepas menerima pengiktirafan itu, Lauren mula memperkenalkan pakaian wanita dengan reka bentuk gaya klasik lelaki, dan menghasilkan koleksi kemeja lengan pendek wanita pertama yang menampilkan 24 pilihan warna beserta logo Polo pada 1972. 
Beliau semakin mengembangkan jenamanya menerusi koleksi pakaian mewah Ralph Lauren Purple, hiasan rumah Ralph Lauren Home dan koleksi wangian.
Gedung perniagaan Lauren di Chicago
Kini, Polo bukan sahaja menghasilkan pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak tetapi juga uniform untuk pasukan Olimpik negaranya. 
Jenama Polo terus diterima baik dan memiliki 35 butik di AS sehingga 2007 lalu. Pada 11 Jun 1997, Ralph Lauren Corporation tersenarai di The New York Stock Exchange di bawah simbol RL. 
Kehidupan peribadi 
Ralph Lauren dengan kereta Porsche GT3 RS miliknya
Lauren bertemu dengan Ricky Anne Loew-Beer yang ketika itu bekerja sebagai penyambut tetamu di sebuah pejabat doktor mata dan mereka berkahwin pada pada 20 Disember 1964, serta dikurniakan tiga cahaya mata. 
Ketika usianya 48 tahun (1987), Lauren menjalani pembedahan untuk membuang tumor dan kini telah pulih sepenuhnya. 
Selain terkenal sebagai pereka fesyen, Lauren juga terkenal sebagai pengumpul kereta mewah antaranya Ferrari 250 GTO, Bugatti 57SC Atlantic dan Lamborghini Reventon, yang sebahagian besarnya disimpan di Katonah, New York. 
Pada 2005, koleksi kereta mewah Lauren dipamerkan di Museum of Fine Arts di Boston dan pada 2011, 17 koleksi terbaiknya dipamerkan di Musee des Arts Decoratifs, Paris. - Sinar Harian


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.