|
Kereta yang digunakan oleh Miriam Carey ketika merempuh sekatan polis dekat White House |
|
Langkah berjaga-jaga. Seorang anggota Secret Service sedang membuat tinjauan dari bumbung White House |
|
Lagi anggota Secret Service berkawal di halaman White House |
|
Sebuah kenderaan polis pengawal bangunan Capitol rosak teruk |
|
Anggota polis pengawal bangunan Capitol sedang berkawal |
|
Miriam Carey, suspek yang ditembak mati berhampiran bangunan Capitol |
WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita yang cuba merempuh sekatan polis dengan sebuah kereta dekat White House di sini kelmarin ditembak mati berhampiran bangunan Capitol Hill.
Suspek yang dikenali sebagai Miriam Carey, 34, memandu sebuah kereta Nissan Infiniti berwarna hitam secara berbahaya dan membawa seorang anak perempuan berusia satu tahun.
Ketua Polis Washington, Cathy Lanier berkata, pihak berkuasa kemudian mengejar suspek dari White House hingga ke bangunan Capitol Hill.
Suspek dari Stamford, Connecticut meninggal dunia berhampiran bangunan Capitol Hill selepas polis melepaskan dua tembakan ke arahnya.
Bagaimanapun, anak wanita terbabit berada dalam keadaan baik dan diberi perlindungan.
Sementara itu, Ketua Polis Capitol, Kim Dine berkata, insiden berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan keganasan.
Drama tersebut turut disaksikan oleh sebahagian pelancong di luar bangunan Capitol Hill. Malah ketika kejadian, sejumlah wakil rakyat sedang berdebat bagi menamatkan penutupan operasi kerajaan AS.
Dalam perkembangan berkaitan, ibu suspek, Idella Carey mendedahkan bahawa anaknya mengalami kemurungan selepas melahirkan anak pada Ogos tahun lalu. - AP/Kosmo! Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.