|
Seorang terkorban dan lima cedera dalam nahas melibatkan pesawat Twin Otter kepunyaan MASwings di Kudat. Foto: Malaysiakini |
|
Twin Otter ini mengalami nahas di hadapan sebuah rumah yang terletak di kampung Sin San, Kudat. Foto: Borneo Post |
|
Pesawat ini dikatakan telah hilang kawalan apabila ditiup angin kencang semasa hendak melakukan pendaratan. Foto: NST |
|
Anggota penyelamat membantu juruterbang pesawat. Foto: NST |
|
Pesawat ini terhempas di hadapan sebuah rumah kepunyaan seorang kontraktor bernama Abd Qayyum Hj Amirdad. Foto: NST |
|
Seramai 10 orang penumpang diberikan rawatan pesakit luar di Hospital Kudat. Foto: NST |
|
Pembantu Juruterbang yang cedera diterbangkan ke Hospital Queen Elizabeth KK. Foto: NST |
|
Anggota keluarga Pembantu Juruterbang Marc Joel Bansh. Beliau meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, KK. Foto: NST |
|
Sumber: Borneo Post |
KUDAT - Seorang terkorban dan lima tercedera dalam nahas melibatkan pesawat Twin Otter kepunyaan MASwings di Kudat, Sabah hari ini.
“Kemaskini penumpang yang cedera akan disahkan dalam kenyataan selepas ini,” menurut kenyataan Malaysia Airlines.
Twin Otter itu terbabit nahas di hadapan sebuah rumah yang terletak di kampung Sin San, Kudat dalam suatu kejadian yang berlaku semasa sembahyang Asar petang tadi.
Dalam kejadian tersebut, juruterbang pesawat tersebut dikatakan patah kaki manakala dua orang yang lain cedera parah.
Kumpulan penyelamat 10 orang yang diketuai oleh Abd Mujun tiba di tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan.
Mereka berjaya mengeluarkan seramai 16 lagi mangsa kejadian yang mengalami kecederaan ringan.
Kesemua mereka dilaporkan dibawa ke Hospital Kudat untuk pemeriksaan lanjut.
Pesawat dengan kapasiti maksimum 19 penumpang itu dikatakan sedang menuju ke Kudat daripada Kota Kinabalu sebelum meneruskan destinasi ke Sandakan.
Dikatakan bahawa pesawat ini telah hilang kawalan apabila ditiup angin kencang semasa hendak melakukan pendaratan.
Akibatnya, pesawat tersebut tersasar menuju ke Pantai Bak-Bak yang hanya terletak bersebelahan dengan lapangan terbang tersebut.
Ia kemudian terhempas di hadapan sebuah rumah kepunyaan seorang kontraktor bernama Abd Qayyum Hj Amirdad.
Terdapat sedikit kerosakan berlaku pada rumah tersebut dan belum dapat dipastikan sama ada terdapat penghuni rumah turut mengalami kecederaan.
Pihak MASwings ketika ini sedang dalam proses mengumpul maklumat sebelum membuat kenyataan akhbar.
Sementara itu, Bernama lewat petang ini memetik Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah yang melaporkan enam orang cedera, tiga daripadanya parah.
Kenyataan jabatan itu menyebut 10 orang lagi diberikan rawatan pesakit luar di Hospital Kudat selepas pesawat itu menjunam di Kampung Sinsan pada 2.54 petang.
Malaysia Airlines (MAS), dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, mengesahkan bahawa Penerbangan MH3002 dari Kota Kinabalu ke Kudat itu terbabit dalam nahas.
Menurut jadual penerbangan MASwings dalam laman webnya, terdapat satu penerbangan dari Kota Kinabalu pada 2.05 petang yang dijadual tiba di Kudat kira-kira 40 minit kemudian.
Terdahulu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy Ramin berkata di Kota Kinabalu pesawat itu dinaiki 16 orang, dan menjunam di Kampung Sinsan, Kudat.
"Kesemua mereka berjaya dibawa keluar dari pesawat dan dihantar ke Hospital Kudat untuk pemeriksaan perubatan," katanya kepadaBernama.
Punca kemalangan itu masih disiasat, katanya. - Bernama
|
Marc Joel Bansh ketika dalam perjalanan ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu |
|
Marc Joel Bansh meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu |
KUDAT - Malaysia Airlines (Mas) mengesahkan dua mati dalam nahas pesawat Twin Otter MASWings terhempas di Kudat semalam.
Mereka ialah pembantu juruterbang Marc Joel Bansh, 23, dan penumpang Tan Ah Chai, 96.
Bansh meninggal dunia kira-kira 9 malam ini manakala Tan menghembuskan nafas terakhir kira-kira empat jam lebih awal akibat kecederaan parah.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MAS yang juga Pengerusi MASwings Ahmad Jauhari Yahya berkata setakat ini disahkan dua mati dan dua lagi cedera.
Beliau berkata terdapat seorang warga Filipina manakala lainnya warga Malaysia dalam pesawat itu yang membawa 14 penumpang dan dua krew.
"Kami amat sedih dengan kejadian pesawat MH3002 yang terhempas, yang berlepas dari Kota Kinabalu ke Kudat pada 2.50 petang.
"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan kepada yang terbunuh dan mereka yang terlibat dalam nahas ini dan kami sedang melakukan yang terbaik untuk membantu mereka dalam keadaan yang amat sukar ini," katanya dalam sidang akhbar di Kota Kinabalu malam ini.
Ahmad Jauhari berkata MASwings telah membuka pusat panggilan 24 jam dan anggota keluarga penumpang yang terbabit dalam nahas itu boleh menghubungi 03-78841234 untuk sebarang pertanyaan dan maklumat.
Sejurus selepas sidang akhbar itu, Ahmad Jauhari berlepas ke Kudat untuk meninjau tempat kejadian dan melawat mangsa. - Bernama
|
Kokpit pesawat itu remuk teruk dan sayap kanannya patah |
KUDAT - Pasukan penyiasat mula memeriksa kawasan nahas pesawat Twin Otter MASWings terhempas di Kudat yang menyebabkan pembantu juruterbang dan seorang penumpang terbunuh pada Khamis.
Beberapa pegawai dari unit kemalangan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dilihat mengambil gambar dan mengkaji pelbagai aspek pesawat tersebut.
Kokpit pesawat itu remuk teruk dan sayap kanannya turut patah.
Petunjuk awal daripada penumpang yang selamat mengesahkan pesawat itu melakukan percubaan kedua untuk mendarat di atas landasan sebelum terhempas.
Dua mangsa yang berada di dalam rumah itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MAS yang juga Pengerusi MASwings Ahmad Jauhari Yahya turut berada di kawasan nahas awal pagi Jumaat untuk bertemu dengan pemilik rumah tersebut dan memeriksa pesawat malang itu di Kampung Sin San.
Selain dua yang terbunuh dalam nahas itu, empat lagi penumpang termasuk seorang juruterbang berusia 58 tahun mengalami kecederaan.
Baki 10 lagi penumpang hanya mengalami cedera ringan.
Senarai nama yang terbunuh
1) Pembantu juruterbang, Mark Joel Bansh, 23, dan
2) Penumpang Tan Ah Chai, 69,
Di Kota Kinabalu, bedah siasat dilakukan ke atas pembantu juruterbang, Mark Joel Bansh, 23, dan penumpang Tan Ah Chai, 69, di Hospital Queen Elizabeth di sini.
Bapa Mark, Harel Bansh dan ibunya, Eva Ooi, dilihat berada di luar bilik mayat awal pagi Jumaat - mStar online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.