|
Edward Schad, 71, menjalani hukuman mati di sebuah penjara di Arizona selepas lebih 30 tahun dijatuhi hukuman tersebut |
|
Schad diisytihar mati selepas disuntik dengan sejenis cecair pentobarbital pada pukul 10.12 pagi waktu tempatan |
|
Makanan kegemaran Schad |
|
Makanan terakhir yang dimakan Schad sebelum dihukum mati |
WASHINGTON - Seorang banduan paling lama dipenjara di sebuah penjara di Arizona, Edward Schad, 71, menjalani hukuman mati semalam selepas lebih 30 tahun dijatuhi hukuman tersebut.
Jurucakap jabatan penjara, Doug Nick berkata, Schad diisytihar mati selepas disuntik dengan sejenis cecair pentobarbital pada pukul 10.12 pagi waktu tempatan.
“Akhirnya selepas 34 tahun saya bebas,” kata Schad.
Schad dijatuhi hukuman itu pada tahun 1980 selepas didapati bersalah membunuh Lorimer "Leroy" Grove, 74.
Dia ditahan sebulan selepas kejadian di kawasan kejiranan Utah dengan memiliki kad kredit dan kereta milik mangsa. - AFP/Kosmo! Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.