|
Seorang bayi berjaya dilahirkan di Jepun menggunakan teknik menyuburkan kembali rahim wanita menopaus |
|
Kerjasama kajian teknik itu melibatkan saintis Universiti Stanford, AS dan Sekolah Perubatan Universiti St Marianna di Jepun |
|
Profesor Aaron Hsueh antara individu yang terlibat membangunkan teknik itu |
|
Prof Aaron: Teknik ini perlu diperbaiki tetapi kami menjangkakan ia dapat membantu 25 hingga 30 peratus wanita mandul |
WASHINGTON - Seorang bayi berjaya dilahirkan di Jepun menggunakan teknik menyuburkan kembali rahim wanita menopaus bagi menghasilkan sel telur, kata beberapa saintis antarabangsa kelmarin.
Kajian itu diterbitkan dalam sebuah jurnal Amerika Syarikat (AS), Proceedings of the National Academy of Sciences.
Menurut jurnal tersebut, seorang lagi wanita dilaporkan turut hamil menerusi kaedah sama.
Pasukan penyelidik berkenaan memberitahu, teknik itu dapat menawarkan harapan kepada wanita mandul untuk hamil.
Kerjasama kajian teknik itu melibatkan saintis Universiti Stanford, AS dan Sekolah Perubatan Universiti St Marianna di Jepun.
Ia melibatkan rahim dikeluarkan dengan sel-selnya disuburkan di makmal sebelum dimasukkan semula ke dalam tubuh pesakit.
"Teknik ini perlu diperbaiki tetapi kami menjangkakan ia dapat membantu 25 hingga 30 peratus wanita yang menghadapi masalah kemandulan," kata Profesor Aaron Hsueh dari Universiti Stanford. - Agensi/Kosmo! Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.