Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 1 Oktober 2013

Penginapan Mewah Di Gerabak Kereta Api Lama

Tiga gerabak kereta api lama ini telah dijadikan sebuah rumah tetamu kelas pertama

Stesen ini kini mengalu-alukan kehadiran para tetamu pelbagai peringkat usia

Carol dan suaminya telah menukar ruang dalaman tiga gerabak kereta api tersebut kepada ruang penginapan mewah

Gerabak berusia 45 tahun ini kini menawarkan dapur, ruang duduk, dan dua atau tiga bilik tidur

Salah satu bilik tidur utama di The Old Station

Satu lagi bilik Kelas Pertama dengan buku-buku, cermin dan tempat duduk serta koridor panjang

Ruang dapur kecil yang menggabungkan gaya lama dengan ciri-ciri moden

Gerabak kereta api juga dilengkapkan dengan alat pemanas hawa, TV dan pemain DVD

Ketika bisnes penginapan hendak dimulakan 17 tahun lalu

Gerabak kereta api lama sebelum diubah-suai


ALLERSTON, Britain - Sepasang suami isteri di Britain telah menukar tiga gerabak kereta api lama di Allerston, North Yorkshire menjadi sebuah rumah tetamu kelas pertama sejak 17 tahun lalu, lapor akhbar Daily Mail kelmarin. 
Pasangan itu, Carol dan Mark Benson menukar keseluruhan ruang dalaman tiga gerabak kereta api restoran layan diri tersebut kepada ruang penginapan mewah. 
Stesen itu kini mengalu-alukan kehadiran para tetamu pelbagai peringkat usia sama ada dari kanak-kanak sekolah sehingga warga emas yang telah bersara. 
Gerabak-gerabak berusia 45 tahun itu dilengkapi sebuah dapur, ruang tamu dan dua hingga tiga bilik tidur. 
"Kami pada mulanya sedang mencari idea untuk membuka sebuah perniagaan penginapan di kawasan tersebut dan saya suka stesen kereta api itu sebaik sahaja melihatnya," kata Carol, 54, ibu kepada dua orang anak. 
Stesen kereta api itu pada asalnya digelar Stesen Wilton. Namun, ia ditukar nama kepada Stesen Ebberston selepas tahun 1900. Kini ia diberi nama The Old Station. 
"Saya menemui stesen ini dan memberitahu suami yang saya mahu membelinya. Keadaannya ketika itu sangat menyedihkan. 
"Suami saya mempersoalkan di mana dia mahu meletakkan pengunjung itu nanti. Kemudian saya mendapat idea. Saya jawab sudah tentu kita letak mereka di dalam gerabak. Bahagian lain hanya tinggal sejarah," kata Carol. - Agensi/Kosmo! Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.