Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 22 Oktober 2013

Keluarga Doktor Arab Tolak Anugerah Israel

Ahli keluarga seorang doktor warga Mesir menolak penghormatan tertinggi yang hendak diberikan oleh Israel

Dr Helmy mengambil risiko menyembunyikan seorang wanita Yahudi di rumahnya daripada dihantar ke kem Auschwitz di Poland

Tindakan berani Dr Helmy telah menyelamatkan nyawa wanita Yahudi itu daripada menjadi mangsa tentera Nazi Jerman

Landasan kereta api di Birkenau, Auschwitz, Poland

Gambar-gambar orang Yahudi yang menjadi mangsa Nazi Jerman di Muzium Yad Vashem di Baitulmaqdis


KAHERAH - Ahli keluarga seorang doktor warga Mesir bertindak menolak penghormatan tertinggi yang mahu diberikan Israel pada bulan lalu atas jasanya ketika insiden pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi di Berlin pada 1933-1945. 
Mervat Hassan, anak saudara kepada isteri Dr Mohamed Helmy memaklumkan mereka berbesar hati untuk menerima anugerah seumpama itu jika diberikan oleh negara lain. 
"Keluarga kami enggan menerima anugerah daripada rejim Zionis. Keputusan ini juga ada kaitan dengan permusuhan berpanjangan antara Mesir dan Israel walaupun kedua-dua negara telah menandatangani perjanjian damai pada 1979," katanya. 
Menurut Mervat, pakciknya hanya menjalankan tugas tanpa mengira bangsa atau agama pesakit ketika insiden didalangi tentera Nazi tersebut. 
Dipetik AP, kelmarin, jurucakap Muzium Yad Vashem turut mengkritik keputusan keluarga doktor tersebut yang didakwa kononnya dipengaruhi sentimen politik. 
Difahamkan, Helmy yang meninggal dunia pada 1982 ketika berusia 81 tahun pernah melanjutkan pelajaran ke Berlin untuk mendalami ilmu perubatan pada 1922 dan turut berkhidmat sebagai pakar urologi di negara itu hingga 1938. - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.