|
Sebuah pesawat turbo penerbangan Lao Airlines terhempas sebelum terjunam ke dalam air dan tenggelam, kelmarin. Foto: AFP |
|
Petugas penyelamat menggunakan bot perikanan semalam untuk menarik mayat dari Sungai Mekong yang berlumpur. Foto: AFP |
|
Pesawat malang berlepas dari Vientiane dan terbang dalam cuaca buruk ketika bersiap untuk mendarat di Lapangan Terbang Pakse |
|
Penduduk tempatan berada di kawasan berhampiran tapak kemalangan. Foto: AFP |
|
Beg sandang, bilah kipas pesawat dan pasport antara serpihan yang bertaburan di tebing sungai. Foto: AFP |
|
Pesawat turbo penerbangan Lao Airlines ini terhempas sebelum terjunam ke dalam air dan tenggelam. Foto: AFP |
PAKSE (Laos) - Petugas penyelamat menggunakan bot perikanan semalam untuk menarik mayat dari Sungai Mekong yang berlumpur selepas sebuah pesawat terhempas dalam cuaca buruk hingga membunuh 49 orang dari 11 negara.
Beg sandang, bilah kipas pesawat dan pasport antara serpihan yang bertaburan di tebing sungai, tempat pesawat turbo penerbangan Lao Airlines terhempas sebelum terjunam ke dalam air dan karam, kelmarin.
“Setakat ini lapan mayat sudah ditemui. Kami belum tahu kerakyatan mereka,” kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Laos, Yakao Lopangkao yang turut melawat tempat kejadian di Pakse, selatan Laos.
“Kami belum lagi menemui rangka pesawat. Ia masih berada dalam air dan kami sudah mengerah penyelam mencarinya,” katanya.
Dia menolak kemungkinan ada mangsa yang terselamat.
“Harapan tipis kerana pesawat kelihatannya terhempas kuat sebelum masuk ke dalam air,” katanya.
Menurutnya, beberapa mayat ditemui sejauh 20 kilometer dari tempat kejadian.
“Kami sudah meminta penduduk dan orang ramai yang tinggal di pesisiran sungai agar mencari mayat dan memaklumkan kepada pihak berkuasa jika mereka ternampak apa-apa yang mencurigakan,” katanya.
Beberapa bot perikanan kecil dan rakit getah menyusuri air berlumpur sebagai sebahagian operasi mencari dengan kumpulan lelaki memakai jaket keselamatan meninjau ke dalam air. Selepas ribut kelmarin, operasi mencari dijalankan di bawah langit biru yang cerah.
Thailand yang bersempadan dengan Laos turut membantu operasi mencari itu apabila menghantar 30 penyelam, kata jurucakap Menteri Luar Thai, Sek Wannamethee.
Pesawat penerbangan Lao Airlines yang dikendalikan kerajaan Laos itu mengeluarkan senarai terkini 44 kerakyatan penumpangnya semalam.
Ia berkata, penumpang yang menaiki pesawat itu termasuk 16 warga tempatan, Perancis (7), Australia (6), Thailand (5), Korea Selatan (3), Vietnam (2) dan seorang masing-masing dari Kanada, China, Malaysia, Taiwan dan Amerika Syarikat.
Pihak berkuasa Kemboja berkata, seorang daripada juruterbang ialah rakyatnya yang berusia 56 tahun dengan lebih 30 tahun pengalaman penerbangan.
Maklumat lanjut mengenai kejadian itu masih kelam. Lao Airlines berkata dalam satu kenyataan yang pesawat itu berlepas dari ibu negara Vientiane dan terbang dalam cuaca buruk ketika bersiap untuk mendarat di Lapangan Terbang Pakse. - AP/myMetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.