|
Ahli astronomi amatur, Ralph Smith mendakwa telah berjaya merakamkan imej matahari yang jauhnya 93 juta batu dari bumi |
|
Smith berjaya merakam imej matahari dengan menggunakan kamera monokrom USB kecil yang dilekatkan pada teleskop |
|
Imej yang diambil oleh Smith menunjukkan terdapat tompok-tompok hitam pada permukaan matahari |
|
Imej menakjubkan menunjukkan api besar pecah melompat dari permukaan matahari |
|
Imej matahari yang dirakam menggunakan Kalsium filter K-Line |
|
Ralph Smith dengan teleskop amaturnya |
BRISBANE - Seorang ahli astronomi amatur dari Deeral, Queensland, Austarlia, bernama Ralph Smith mendakwa telah berjaya merakamkan imej permukaan matahari yang jauhnya 93 juta batu dari bumi dengan menggunakan peralatan biasa.
Smith merakamkan imej matahari menggunakan kamera monokrom USB kecil yang dilekatkan pada teleskop dengan filter H-Alpha.
Smith mengambil masa selama kira-kira 14 bulan untuk merakamkan imej-imej berkenaan.
"Tiada buku teks mengenai perkara ini dan saya telah membangunkan kaedah saya sendiri dari semasa ke semasa untuk mendapatkan hasil yang baik," jelas Smith.
Menurut Smith, satu-satunya cabaran yang dihadapinya ialah masalah cuaca.
"Ia tidak selalunya mudah untuk merakam imej-imej ini kerana anda perlu berhadapan dengan tahap penglihatan yang buruk di siang hari kerana awan, angin dan hujan." ujar Smith. - Mail Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.