Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 23 Oktober 2013

Mayat Remaja Dalam Beg Pakaian

Gambar 15 Ng Yuk Tim, 15, dari laman Facebook ibunya. Polis menemui mayatnya sehari selepas dia dilaporkan hilang

Ibu Ng Yuk Tim menunjukkan gambar anak perempuannya yang hilang. Foto: The Star

Beg pakaian berisi mayat ditemui di tepi Jalan Kebun Nenas 1A/KS7. Foto: weehingtong

Mayat Ng Yuk Tim ditemui dalam beg pakaian. Foto: weehingthong


KLANG – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang kelmarin dan kemudian ditemui mati, disyaki menjadi mangsa bunuh sebelum mayatnya dicampak di tepi Jalan Kebun Nenas 1A/KS7 di sini malam tadi. 
Mayat Ng Yuk Tim, 15, dijumpai pada pukul 9 malam selepas polis menahan seorang operator mesin berusia 23 tahun dipercayai kekasih mangsa bagi membantu siasatan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini semalam. 
Ketika diperiksa, terdapat kesan gigitan pada tangan lelaki tersebut. 
Soal siasat lanjut ke atas lelaki itu membawa polis ke lokasi mayat mangsa ditinggalkan berhampiran rumah kedai di kawasan tersebut. 
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, mangsa dipercayai diketuk dengan objek tumpul kerana terdapat kesan pendarahan di kepala sebelum mayatnya disumbat ke dalam sebuah bagasi berwarna hijau. 
Mangsa yang lengkap berpakaian, dipercayai dibunuh pada hari sama dia dilaporkan hilang di Kelana Jaya sebelum mayatnya ditinggalkan di kawasan itu yang jaraknya 28 kilomter dari lokasi kejadian. 
“Polis masih menyiasat punca sebenar kematian mangsa termasuk kemungkinan dirogol,” katanya di sini. 
Yuk Tim dilaporkan hilang pada pukul 3 petang kelmarin selepas keluar dari rumah pada pukul 11 pagi untuk berjumpa rakan. 
Salah seorang rakan mangsa kemudian meninggalkan remaja itu di kawasan Stesen Transit Aliran Ringan Kelana Jaya di sini sebelum dia dilaporkan hilang. 
Mangsa yang baru selesai menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dipercayai mengenali suspek sejak lima tahun lalu melalui laman Facebook. 
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Kosmo! Online


Suspek pembunuhan semasa dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada pagi Rabu. Foto: weehingthong



PETALING JAYA - "Kenapa awak buat ini," tanya pemberita kepada suspek pembunuh Ng Yuk Tim, 15 tahun, semasa dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada pagi Rabu. 
"Saya tidak tahu ...," jawabnya dalam kebingungan. 
Apabila ditanya sama ada beliau menyesal melakukan jenayah, lelaki 23 tahun itu berkata, "Sudah terlalu lewat untuk saya menyesal." 
Lelaki itu ditahan reman oleh polis sehingga 29 Oktober untuk membantu siasatan kes pembunuhan Yuk Tim yang ditemui mati dan disumbat di dalam beg pakaian pada hari Isnin. 
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed mengesahkan hal ini, sambil menambah kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Star

Poon Wai Hong


PETALING JAYA – Seorang penyelenggara bangunan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas dakwaan membunuh kenalan perempuannya yang berusia 15 tahun sebelum mayat mangsa disumbat ke dalam beg pakaian minggu lalu. 
Poon Wai Hong, 23, yang meminati ‘cosplay’ (berpakaian menyerupai karakter kartun) hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret KB Elena Tze Hong Lan dan tiada pengakuan direkodkan. 
Tertuduh didakwa membunuh Ng Yuk Tim yang juga peminat ‘cosplay’ di sebuah rumah bernombor 665, Jalan PJU 1/4F, Kampung Cempaka, Kelana Jaya di sini antara pukul 3 hingga 4 petang 21 Oktober lalu. - Kosmo! Online 1.11.2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.