Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Ahad, 20 Oktober 2013

Meninggal Dunia Dalam Tandas Fun Fair

Mayat Seet Ying yang ditemui mati di dalam tandas tapak pesta ria. Foto: Sinar Harian

Kenalan dan keluarga Seet Ying berkumpul di Bilik Mayat HSB. Foto: Sinar Harian


ALOR SETAR - Tanda tanya mengenai seorang wanita yang tidak kelihatan di tempat kerjanya terjawab apabila mayatnya ditemui dalam tandas di tapak pesta ria (fun fair) di Shahab Perdana, dekat sini, malam kelmarin. 
Majikan yang hanya ingin dikenali sebagai Soo berkata, wanita berkenaan, Lee Seet Ying, 55, dipercayai pergi ke tandas tapak pesta bagaimanapun kemudiannya didapati langsung tidak pulang ke tempat kerjanya. 
“Kebiasaannya dia hanya pergi ke tandas dalam tempoh kira-kira lima minit sahaja, bagaimanapun kali ini dia pergi lebih lama daripada biasa sehingga menimbulkan tanda tanya dan kebimbangan kepada kami semua. 
“Lalu, kami segera pergi mencari dia yang berasal dari Pahang termasuklah ke tandas untuk memeriksa keadaannya. Bagaimanapun, pintu tandas terbabit kelihatan terkunci seolah-olah ada orang yang sedang menggunakannya,” katanya kepada Sinar Harian. 
Soo berkata, mereka berusaha memanggil Seet Ying namun tetap tidak mendapat sebarang maklum balas daripadanya walaupun selepas pintu tandas terbabit diketuk beberapa kali. 
Katanya, dia yang berasa tidak sedap hati memaklumkan perkara terbabit kepada beberapa pihak termasuklah anggota Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) untuk mengambil tindakan selanjutnya. 
"Pihak terbabit bertindak memecahkan pintu tandas yang berkunci daripada bahagian dalam tidak lama sejurus tiba di lokasi kejadian dan kemudiannya menemui Seet Ying yang dipercayai sudah meninggal dunia tidak lama sebelum ditemui. 
"Seet Ying merupakan kakitangan pesta ria ini dan dipercayai meninggal dunia secara tiba-tiba sebelum ditemui anggota CRSM," katanya. 
Sementara itu, keluarga Seet Ying termasuk empat anaknya yang datang daripada Pahang enggan ditemu bual ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), dekat sini, pagi semalam. 
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, saksi menemui mangsa kira-kira jam 11.45 malam kelmarin, namun dia dipercayai sudah meninggal dunia di tempat kejadian. 
Katanya, hasil bedah siasat masih belum diketahui manakala mayat mangsa akan dibawa pulang ke Betong untuk disemadikan. - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.