|
Jurubina ini terselamat selepas tujuh batang besi tertusuk ke leher dan tekaknya |
|
Dia dikejarkan ke hospital dan Doktor mengambil masa enam jam untuk mengeluarkan batang besi itu |
|
Imej x-ray menunjukkan besi tertusuk ke leher Long Chao apabila logam berkenaan terpelanting ke arahnya seperti peluru |
|
Besi ini awalnya, dipotong oleh pakar bedah agar mereka dapat memudahkan pembedahan dilakukan sebelum ianya dibuang |
|
Doktor berkata lelaki ini bernasib baik kerana selamat tetapi masih tidak mengetahui jika dia akan mengalami lumpuh akibat kejadian itu |
BEIJING - Seorang jurubina terselamat selepas tujuh batang logam dari sebuah mesin yang diselenggaranya tertusuk ke leher dan tekaknya.
Long Chao tercedera ketika bekerja menggunakan mesin untuk meluruskan batang logam di Luzhou, wilayah Sichuan, China.
Dipercayai mesin itu gagal berfungsi menyebabkan batang logam terbabit terpelanting ke arahnya seperti peluru.
Tujuh daripada batang logam itu yang tertusuk di lehernya.
Dia digegaskan ke hospital dan doktor mengambil masa enam jam untuk mengeluarkan batang logam itu.
Batang itu pada awalnya, dipotong oleh pakar bedah agar mereka dapat memudahkan pembedahan dilakukan sebelum ia dibuang kemudiannya. - myMetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.