|
Jejambat Putrajaya Link ini runtuh pada pukul 12.30 tengah hari semalam. Foto: anaksungaiderhaka |
|
Nasib baik tiada individu yang cedera akibat kejadian tersebut kerana jalan itu masih ditutup kepada pengguna. Foto: malaysiakini |
|
Seorang pengawal keselamatan melihat kesan runtuhan jejambat di Kilometer 24 Putrajaya Link, Putrajaya semalam. |
|
Bayangkan jika jejambat ini runtuh semasa kenderaan sedang melaluinya. |
|
Lagi berat jika ada kenderaan lalu di bawah semasa ia runtuh. |
PUTRAJAYA – Jejambat yang menghubungkan Taman Putra Perdana, Puchong dan Taman Sains Selangor II dekat sini runtuh dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari semalam.
Kejadian yang berlaku di Kilometer 24 Putrajaya Link itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan kepada orang awam hasil tindakan proaktif pihak bertanggungjawab iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan PLUS Malaysia Bhd. (PLUS) yang telah menutup laluan tersebut lebih sebulan lalu.
Ia juga tidak menyebabkan gangguan lalu lintas yang teruk kerana laluan lencongan telah dibina.
Pengurus Besar PKNS, Othman Omar berkata, laluan jejambat itu ditutup selepas pihaknya mendapati beberapa tiang jejambat kelihatan condong yang mungkin disebabkan tanah mendap.
“Laluan bawah yang merupakan laluan Putrajaya Link di Kilometer 2.4 turut ditutup. Jururunding bebas dilantik untuk menyiasat serta mengumpul maklumat mengenai keadaan keselamatan jejambat bertingkat berkenaan bagi tujuan baik pulih.
“Namun, belum pun laporan daripada jururunding bebas sempat diterima, jejambat itu yang kini di bawah seliaan PLUS telah runtuh,” katanya yang mendakwa jejambat itu telah diserahkan kepada PLUS untuk tujuan penyelenggaraan pada 22 Mac 2012. - Kosmo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.