Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Sabtu, 9 Mac 2013

Rumah Kena Bom Kerana Berhutang Dengan Along

Rumah mangsa yang musnah. Foto: myMetro


Angkara hutang along, sebuah rumah yang dihuni 10 orang sekeluarga hampir musnah dalam kebakaran selepas dibaling objek dipercayai molotov koktel dalam kejadian di Taman Sri Rampai, Sentul, di sini, awal pagi semalam. 
Kejadian jam 4.30 pagi itu dipercayai berpunca daripada kegagalan seorang ahli keluarga terbabit menjelaskan wang dipinjam daripada along. 
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, seorang mangsa iaitu wanita berusia 50-an melihat sebuah kereta dipandu lelaki tidak dikenali berhenti depan rumahnya dan membaling objek. 
“Sebaik objek itu dibaling, dia mendengar letupan di bahagian depan rumahnya disusuli api yang menyambar. Wanita terbabit meminta semua ahli keluarganya menyelamatkan diri dengan keluar dari rumah berkenaan. 
“Hampir keseluruhan rumahnya terbakar akibat kejadian itu. Mangsa dibantu jiran yang menghubungi pasukan bomba dan penyelamat,” katanya. 
Zakaria berkata, bomba tiba di tempat kejadian berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah lain namun rumah dan perabot milik mangsa musnah teruk. 
“Hasil soal siasat mangsa percaya perbuatan berkenaan dilakukan along kerana seorang ahli keluarganya meminjam dengan mereka dan gagal melunaskan pinjaman itu,” katanya. 
Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat menggunakan api. - Kosmo!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.