Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 4 September 2013

Bangunan Tinggi Punca Kereta Jaguar Cair

Pemandangan bangunan Talkie Walkie yang menyilaukan mata dilihat dari Eastcheap, London

Grafik ini menunjukkan bagaimana bentuk cekung pencakar langit membalikkan cahaya matahari menjadi tajam ke bawah

Fenomena ini akan berlaku pada waktu petang pada hari-hari yang cerah

Oleh kerana reka bentuknya yang cekung, cahaya matahari dari bangunan tersebut memantul ke tanah pada awal petang

Tempat duduk basikal yang diletakkan berhampiran bangunan itu juga didakwa rosak oleh cahaya matahari

Telor juga boleh masak hanya kerana terkena biasan cahaya matahari dari bangunan tersebut

Cermin sisi kereta Jaguar ini juga didakwa mencair selepas ditinggalkan di luar Menara Walkie Talkie

Kereta ini hanya diletakkan satu jam di tempat berhampiran menara Walkie Talkie

LONDON - ENGLAND . Sebuah bangunan pencakar langit di London didakwa telah menyebabkan sebuah kereta Jaguar yang diparkir di luar premis terbabit mencair. 
Pemiliknya, Martin Lindsay memberitahu cermin sisi dan beberapa panel kereta mewahnya itu mencair selepas sejam ia ditinggalkan berhampiran menara Walkie Talkie yang masih lagi dalam pembinaan. 
Dalam satu kenyataan, pemaju bangunan setinggi 37 tingkat itu memaklumkan mereka kini sedang berusaha untuk menangani masalah tersebut kerana ia dipercayai berpunca daripada kedudukan matahari yang berubah pada waktu tertentu. 
"Perkara ini mungkin akan berterusan selama dua hingga tiga minggu lagi," jelas jurucakap Land Securities and Canary Wharf menerusi Reuters. 
Susulan daripada insiden terbabit, tiga kawasan parkir kenderaan telah ditutup majlis perbandaran. 
Difahamkan, pemaju terbabit juga telah memohon maaf kepada Lindsay dan bersetuju untuk membayar ganti rugi berjumlah 946 pound (RM5,000) kepada beliau. - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.