Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 26 September 2013

Lelaki China Dapat Hidung Baru

Xiaolian dengan hidung baru di dahinya

Hidung asal Xiaolian cacat selepas mengalami jangkitan virus di sebuah hospital di Fuzhou, Fujian, China


BEIJING - Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Xiaolian mempunyai hidung baru yang tumbuh di dahinya. 
Xiaolian, 22, menjalani rawatan bagi menggantikan hidung asalnya yang cacat selepas dijangkiti virus di sebuah hospital di Fuzhou, wilayah Fujian. 
Xiaolian, mengalami kecacatan di bahagian hidungnya akibat kemalangan jalan raya pada Ogos tahun lalu dan doktor yang merawatnya gagal memulihkan hidungnya. 
Ekoran nahas yang dialaminya, hidung Xiaolian mengalami jangkitan dan tulang hidungnya terjejas. 
Doktor tidak mempunyai pilihan lain tetapi terpaksa menjalankan prosedur yang membolehkan hidung barunya tumbuh di dahi bagi menggantikan hidung asalnya. 
Hidung itu direka dengan menanam tisu kulit ke dahi Xiaolian. 
Ia dipotong mengikut bentuk hidung dan disokong oleh tulang rawan yang diambil daripada rusuk Xiaolian. 
Pakar bedah berkata, hidung baru itu tumbuh dengan baik dan pembedahan transplan akan dijalankan dengan secepat mungkin. - Agensi/myMetro


FUZHOU, China - Seorang pemuda di China memiliki satu anggota hidung baharu yang tumbuh di dahinya selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada tahun lalu. 
Xiaolian, 22, terpaksa melalui satu prosedur pembedahan luar biasa apabila dia gagal menjalani rawatan susulan trauma hidung akibat kemalangan yang berlaku pada Ogos 2012. 
Ekoran itu, para doktor terpaksa mengambil tindakan luar biasa selepas satu jangkitan kuman mula merosakkan tulang rawan hidungnya yang asli. 
Keadaan tersebut telah menyukarkan para doktor melakukan pembedahan untuk memperbetulkan hidungnya kembali. 
Justeru, satu prosedur pembedahan terpaksa dilakukan di sebuah hospital di Fuzhou, Fujian, China. 
Satu anggota hidung baharu terpaksa ditanam dengan meletakkan tisu pengembang kulit ke dahi Xiaolian. 
Tisu itu kemudian dipotong menjadi bentuk hidung, manakala sejenis tulang rawan yang diambil dari tulang rusuknya telah ditanam ke dalam tisu berkenaan. 
Pakar bedah berkata, hidung baharu itu berada dalam keadaan baik dan pembedahan pemindahan boleh dilakukan dalam waktu terdekat. - Agensi/Kosmo! Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.