Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 17 September 2013

Penyiasat Sahkan Gas Beracun Digunakan Di Syria

Profesor Ake Sellstrom, ketua pasukan penyiasat senjata kimia Syria, menyerahkan laporan kepada Setiausaha Agung, Ban Ki-moon

Laporan itu mengesahkan ada 'bukti yang jelas dan meyakinkan' gas sarin telah digunakan dalam serangan

Gambar Assad di sebuah lorong sempit di Damsyik. Laporan itu tidak menyebut mana-mana pihak menggunakan gas sarin 

Seorang anggota tentera pembebasan Syria anti Assad sedang meronda sebuah lorong di Aleppo

Mangsa korban penggunaan gas sarin

Mangsa kekejaman gas sarin termasuk juga bayi dan kanak-kanak


NEW YORK - Pemeriksa PBB semalam berkata, ada “bukti jelas dan meyakinkan” senjata kimia digunakan meluas secara relatif dalam serang yang mengorbankan ratusan orang bulan lalu. 
Pemeriksa itu berkata, “contoh alam sekitar, kimia dan perubatan” yang dikumpulkan membolehkan mereka menemui bukti kukuh bahawa roket darat ke darat membawa gas sarin digunakan di kawasan Ghouta pada 21 Ogos lalu. 
Laporan itu turut menamakan kawasan lain iaitu Ein Tarma, Moadamiyeh dan Zamalka. Halaman pertama laporan disediakan untuk Setiausaha Agung PBB itu menyatakan, kesimpulan mereka ialah, senjata kimia telah digunakan dalam konflik berterusan di Syria. 
“Ia digunakan ke atas orang awam, termasuk kanak-kanak, dengan meluas secara relatif,” katanya. Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dijadual membentangkan laporan itu di badan dunia itu hari ini. Serangan pada Ogos lalu itu terbongkar ketika pasukan penyiasat PBB berada di Syria menilai serangan lain yang lebih awal. - AP/myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.