Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 20 September 2013

Usahawan Brazil Pengikut Firaun Mesir

Count Scarpa mengisytiharkan untuk mengikuti jejak Firaun Mesir iaitu membawa kekayaan bersama apabila dia mati

Scarpa akan 'memakamkan' kereta Bentley Continental berharga lebih £310,000 (RM1,515,819) untuk kegunaan di akhirat

Scarpa memutuskan mengikut mengikut jejak Firaun Mesir dengan mengebumikan hartanya yang paling berharga, kereta Bentley

Mumia Tutankhamun, salah seorang Firaun Mesir yang terkenal

Tutankhamun dikebumikan bersama dengan pelbagai khazanah berharga


Beliau memiliki kekayaan yang diimpikan orang dalam kehidupan ini. Tetapi untuk mengelakkan sebarang risiko di akhirat, usahawan kaya 'Count Scarpa' menanam harta terbesar beliau - kereta Bentley keluaran terbaru. 
Dalam pengumuman pelik di laman Facebook, beliau yang berusia 62 tahun mengisytiharkan untuk mengikuti jejak Firaun Mesir iaitu membawa kekayaan bersama apabila dia mati. 
Oleh itu, beliau akan 'memakamkan' kereta Bentley Continental berharga lebih £310,000 (RM1,515,819) untuk memastikan dia mempunyai kenderaan yang selesa dalam perjalanan ke 'alam lain'. 
Dalam foto di laman rangkaian sosial, Count Scarpa berdiri di samping Flying Spur warna hitam, model terbaru di pasaran, dengan burung kakaktua di tangannya dan menulis, "Saya memutuskan untuk melakukan seperti Firaun minggu ini, saya akan mengebumikan kereta kegemaran saya, Bentley sini di taman rumah! Timbus harta saya di istana rssss saya!" 
Beliau berkata, dia telah menggali kubur di taman belakang rumah agamnya di Jardins, salah satu kawasan perumahan terkaya di Sao Paulo. 
Dalam satu wawancara TV beliau menjelaskan kepada penonton bahawa ketika dia sedang dalam perjalanan pulang dari ladang selepas menyambut hari lahirnya pada hari Ahad, dia mula berfikir tentang bagaimana firaun dikebumikan bersama barang-barang berharga dalam kehidupan mereka. 
"Saya melihat filem tentang firaun dan selepas melihat bagaimana mereka dikebumikan dengan khazanah mereka, saya memutuskan bahawa saya mahu mengikut mereka dan mengebumikan milik saya yang paling berharga, kereta saya," katanya. 
Pengumuman Scarpa itu telah mendapat berbagai reaksi di laman sosial. 
Ada yang menuduh beliau cuba mengelak cukai, ada yang mengatakan beliau membazir dan ada pula yang merayu agar beliau mendermakan hasil jualan kereta itu untuk membantu orang Brazil. 
Terdapat juga yang menyindir, "Ini bukan cerita baru. Scarpa boleh menanam keretanya tetapi kerajaan Brazil telah mengebumikan rakyatnya," komen seseorang, merujuk kepada rasuah dan kekayaan negara yang sedang 'dikebumikan' dalam poket ahli politik yang menyeleweng. 
Scarpa tinggal di salah satu kawasan yang paling mahal di Sao Paulo. Beliau mewarisi gelaran Scarpa daripada bapanya yang berasal dari Itali, Count Francisco Scarpa yang telah diberi penghormatan oleh Paus Pius XII pada tahun 1949, kerana sumbangan amalnya kepada masyarakat. 
Ahli perniagaan aneh ini mendapat manfaat daripada kekayaan bapanya dan menambah kekayaan dari kilang bir dan industri perlombongan. Beliau kini menguruskan sebuah syarikat pelaburan dan telah berkahwin sebanyak dua kali. Isteri pertamanya meninggal dunia dan dia telah bercerai dengan isteri kedua. 
Beliau tidak mempunyai anak untuk mewarisi nama keluarga Scarpa dan dia menyifatkan burung kakaktua keseyangannya adalah anaknya. 
Firaun diketahui menanam haiwan kesayangan bersama mereka supaya mereka dapat hidup bersama di akhirat. Setakat ini Scarpa tidak menyatakan sama ada beliau merancang untuk melakukan perkara yang sama kepada burung kakaktuanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.