Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 18 September 2013

Pendita Yahudi Kabbalah Meninggal Dunia

Rabbi Philip Berg berjaya menarik ramai pengikut termasuk Madonna, Britney Spears dan Demi Moore menjadi anggota Kabbalah

Kabbalah Center di Los Angeles diasaskan oleh Rabbi Philip Berg pada tahun 1965

Madona melangkah keluar dari Kabbalah Center di Los Angeles

Kutcher Ashtun dan Demi Moore melangsungkan perkahwinan di Kabbalah Center pada 2005

Paris Hilton memakai gelang benang merah

Lagi pengikut Kabbalah dengan gelang benang merah

Lindsay Lohan juga memakai gelang benang merah

Rabbi Berg semasa masih sihat dalam satu upacara mistik bersama para pembantunya


Rabbi (pendita Yahudi) yang berjaya menarik ramai pengikut termasuk Madonna, Britney Spears dan Demi Moore menjadi anggota Los Angeles Kabbalah Center, meninggal dunia hari ini semasa berumur 86. 
Kesihatan Rabbi Philip Berg, yang dikenali sebagai Rav oleh para pengikutnya, merosot sejak beliau diserang strok pada tahun 2004. 
Rabbi berusia 86 tahun itu terkenal kerana membawa mistik Yahudi kepada orang ramai melalui Los Angeles Kabbalah Center yang beliau tubuhkan pada tahun 1965. 
Pada kemuncak popularitinya, selebriti termasuk Paris Hilton, Rosie O'Donnell dan Lindsay Lohan boleh dilihat memakai gelang benang merah yang dikaitkan dengan Kabbalah - suatu amalan kuno yang biasanya dikhaskan untuk pendita Yahudi. 
Demi Moore dan Kutcher Ashtun melangsungkan perkahwinan pada 2005 di Pusat Kabbalah Los Angeles dan Madonna telah menderma berjuta-juta kepada organisasi ini dan berkata Kabbalah memberi ilham kepadanya menerbitkan album Ray of Light pada 1998. 
Rav meninggalkan bidang perniagaan untuk belajar daripada Rav Yehuda Brandwein, seorang ahli Kabbalah terkenal pada abad lalu. 
Beliau mengikuti gurunya ke Israel untuk belajar lebih lanjut dan apabila dia kembali ke Amerika Syarikat, dia mula mencari jalan untuk menjadikan agama menjadi lebih mudah. 
Pengikut selebriti Kabbalah mudah dikenali kerana mereka memakai gelang benang merah berharga AS$26 (RM83) untuk menghindari kejahatan. 
Madonna yang rapat dengan Rav dan keluarganya, membantu membiayai dan menubuhkan Kabbalah Center di Mayfair London, dan menderma sekurang-kurangnya AS$18 juta (RM57 juta), menurut Times of Israel. 
Bekas suami Madonna Guy Ritchie dikatakan telah mempertahankan Kabbalah dengan berkata, "Perbezaan antara Kabbalah dan Katolik adalah jumlah orang ... Anda tidak memanggil Katolik kultus." 
Organisasi ini juga menjual 'air yang diberkati' dan mempunyai aset bernilai ratusan juta dollar, menurut The Hollywood Reporter.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.