Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 12 September 2013

Timbalan Speaker Parlimen Letak Jawatan

Nigel Evans, Timbalan Speaker Dewan Rendah Parlimen Britain meletak jawatan kerana menghadapi kes rogol dan serangan seksual

Speaker John Bercow memberi penghormatan kepada Evans semasa sidang Dewan

Evans pernah ditahan polis pada awal Mei kerana dikaitkan dengan kesalahan yang dikatakan dilakukan di Pendleton, Lancashire


LONDON - Seorang Timbalan Speaker di Dewan Rendah Parlimen Britain meletak jawatan semalam selepas pendakwa raya awam mengumumkan dia akan didakwa dengan kesalahan termasuk rogol dan serangan seksual. 
Nigel Evans, 55, seorang pembuat dasar dalam Parti Konservatif pimpinan Perdana Menteri, David Cameron, pada mulanya ditahan Mei lalu kerana disyaki merogol dan serangan seksual antara 2009 dan Mac tahun ini. Dia ditahan semula Jun lalu atas tiga lagi tuduhan serangan tidak senonoh, sesetengah pada 2002, dan kini bakal muncul di mahkamah 18 September ini. 
“Selepas pertimbangan dibuat kami memutuskan ada bukti mencukupi dan ia demi kepentingan awam untuk mendakwa Evans,” kata Perkhidmatan Pendakwaan Diraja dalam satu kenyataan.  
“Polis Lancashire diberi kuasa untuk mendakwa dua tuduhan serangan tidak bermoral, lima tuduhan serangan seksual dan satu tuduhan rogol, mengaitkan sejumlah tujuh mangsa.” 
Tuduhan itu membabitkan lelaki berusia awal 20 an. 
Evans kemudian mengumumkan dia melepaskan tugasnya sebagai timbalan speaker, namun menegaskan dirinya tidak bersalah. 
“Saya rasa sedih kerana kes ini tidak ditutup hari ini, saya pasti dengan dua perkara: pertama saya tidak bersalah dan kedua, ia akan dibuktikan,” katanya selepas meninggalkan balai polis Preston di barat laut England. 
Ketika dakwaan awal dibuat Evans menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan berkata ia adalah palsu, sengaja dibuat oleh dua orang yang dianggapnya sebagai ‘rakan’. - AFP/Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.