Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 18 September 2013

Ibu Tergamak Racun Dua Anak Kandung

Seorang ibu meracun anak lelakinya yang berusia 13 tahun dan anak perempuan berusia sembilan tahun di sebuah bilik hotel

Kedua-dua mangsa ditemui mati di sebuah bilik di hotel ini pada Sabtu lalu

Marilyn Edge, 42, ibu kepada dua kanak-kanak itu ditahan di Costa Mesa pada Sabtu lalu

Marilyn Edge ditahan selepas dia cuba membunuh diri dengan merempuh kereta dipandunya ke arah sebuah kotak elektrik


SACRAMENTO (California) - Seorang ibu didakwa meracun anak lelakinya - yang berusia 13 tahun dan menghidap autisme - serta seorang anak perempuan berusia sembilan tahun dalam sebuah bilik hotel selepas hakim memberikan hak penjagaan kepada bapa mangsa terbabit. 
Marilyn Edge, 42, ditahan di Costa Mesa pada Sabtu lalu selepas dia cuba membunuh diri dengan merempuh kereta dipandunya ke arah sebuah kotak elektrik di luar sebuah kompleks beli-belah di Costa Mesa pada Sabtu. 
Selepas kemalangan, Marilyn memberitahu polis bahawa mereka boleh menemui mayat anaknya, Jaelen dan Faith, dalam bilik hotel di Santa Ana.  
Ketika cuba diselamatkan Marilyn menolak, malah cuba menjerut lehernya ketika penyelamat cuba mengeluarkan dia dari kenderaan berkenaan. Wanita dari Scottsdale, Arizona itu kini berdepan dengan dua tuduhan membunuh.
Jika Marilyn didapati bersalah, dia boleh dihukum mati. Menurut sumber, kematian Jaelen dan Faith berlaku selepas Marilyn gagal mendapat hak penjagaan terhadap kedua-dua anaknya selepas bercerai dengan bekas suaminya. Di samping itu, hakim memberikan hak penjagaan kepada Mark Edge pada Rabu lalu. Dua hari kemudian Marilyn menghantar mesej teks kepada Edge dan berjanji menyerahkan Jaelen serta Faith pada Ahad. 
Bagaimanapun kedua-dua mangsa ditemui mati pada Sabtu lalu. - Agensi/myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.