Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 10 September 2013

Pengawal Istana Tak Kenal Prince Andrew

Pengawal istana mengacukan senjata kepada Prince Andrew ketika beliau sedang berjalan-jalan di taman istana ini

Prince Andrew, putera kedua Queen Elizabeth II

Queen Elizabeth II bersama suami baginda, Duke of Edinburgh

LONDON - Istana Buckingham kecoh apabila pengawal mengacukan senjata kepada putera kedua Queen Elizabeth II, Prince Andrew yang ketika itu sedang berjalan-jalan di taman istana, Rabu lalu. 
Menurut Sunday Express, insiden memalukan itu tidak jelas bagaimana ia berlaku namun, Putera Andrew tidak menghiraukan pengawal tersebut apabila disuruh meniarap ke tanah. 
Prince Andrew, Duke of York, kembali ke Istana Buckingham pada 15 Jun lalu ketika majlis tahunan sambutan Trooping the Colour di London. 
Selama setengah minit, Prince Andrew diarah agar memperkenalkan diri . 
Insiden memalukan itu berlaku kerana pengawal istana tidak mengenali Prince Andrew. - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.