Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 9 September 2013

Penduduk Hindu Dan Islam India Bertempur

Penduduk bertekak dengan polis yang menguatkuasakan perintah berkurung selepas pergaduhan antara penganut agama

Beratus-ratus anggota tentera dikerahkan ke kawasan Uttar Pradesh untuk memadamkan rusuhan antara Hindu dan Muslim

Warga emas yang menjadi mangsa pergaduhan antara agama

Kanak-kanak turut menjadi mangsa dan cedera akibat pergaduhan di antara agama di berada di Muzaffarnagar, Uttar Pradesh

Kerajaan menghantar polis tentera untuk menguatkuasakan perintah berkurung di seluruh negeri Uttar Pradesh

Jenazah mangsa rusuhan hujung minggu di hospital daerah di Muzaffarnagar selepas rusuhan ganas pada hujung minggu

Keadaan terkawal selepas rusuhan berdarah pada hujung minggu


LUCKNOW - Beratus-ratus anggota tentera dikerah untuk menamatkan rusuhan dan pergaduhan antara penduduk Hindu dan orang Islam selepas tiga penduduk kampung maut kerana membantah seorang wanita muda diganggu di utara India. 
Sembilan orang terbunuh termasuk seorang wartawan penyiaran India dan jurugambar polis, apabila dua kumpulan itu bertempur menggunakan senapang dan pisau di perkampungan Kawal di Uttar Pradesh, semalam. 
Keganasan segera merebak ke perkampungan berhampiran di daerah Muzaffarnagar, kelmarin.  
“Perintah berkurung dikuatkuasakan di tiga kawasan dilanda rusuhan di Muzaffarnagar. Keadaan masih tegang,” kata ketua Jabatan Dalam Negeri, R M Srivastava. 
Anggota tentera memeriksa pintu ke pintu untuk mencari dan merampas senjata. 
Perintah berjaga-jaga diisytiharkan untuk keseluruhan wilayah Uttar Pradesh yang mempunyai 200 juta penduduk. 
Pertempuran meletus kelmarin selepas beribu petani Hindu mengadakan mesyuarat di daerah Kawal untuk menuntut keadilan dalam pembunuhan tiga lelaki pada 27 Ogos lalu selepas membantah kejadian seorang wanita dimaki hamun. 
Menteri Kebajikan Minoriti negeri itu, Mohammad Azam Khan, berkata sesetengah yang hadir dalam mesyuarat itu memberi ucapan menggesa penduduk Islam dibunuh. 
Petani diserang ketika mereka kembali ke rumah selepas mesyuarat, kata pegawai polis kanan Arun Kumar. 
“Serangan nampaknya dirancang dengan baik. Sesetengah penyerang bersenjatakan raifal dan pisau tajam,” kata Kumar. 
Tembakan senjata api dilaporkan di beberapa kawasan perkampungan. Dalam tempoh beberapa jam, pertempuran meletus di perkampungan berhampiran, kata Kumar. 
Seorang pemimpin parti nasionalis Hindu, Bharatiya Janata berkata ketegangan memuncak sejak tiga orang dibunuh di sebuah kedai teh, 27 Ogos lalu. 
“Jika pembunuh ditangkap, situasi mungkin masih boleh dikawal,” kata Vijay Bahadur Pathak. 
Uttar Pradesh menjadi tempat pergaduhan kaum terburuk India pada Disember 1992 selepas samseng Hindu membakar masjid kurun ke-16, Babri di Ayodhya. 
Kerajaan India memberi amaran bahawa negara itu menyaksikan satu peningkatan keganasan masyarakat, dengan 451 insiden dilaporkan pada tahun ini, berbanding 410 pada 2012. 
Bulan lalu, keganasan kaum menyaksikan dua maut dan 22 lagi cedera di sebuah kampung di Bihar, timur Uttar Pradesh. Keganasan juga dilaporkan meletus di daerah Shamli dan Kashmir. - AP/Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.