Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 12 September 2013

Lelaki Dakwa Umurnya 160 Tahun

Dhaqabo Ebbaa mengatakan usianya sudah menjangkau 160 tahun

 Jika benar, Ebba mengatasi wanita Perancis Jeanne Calment yang meninggal dunia pada usia 122 tahun 164 hari pada tahun 1997

Jiroemon Kimura yang dilahirkan di Jepun pada 19 April 1897 meninggal dunia pada Jun tahun ini pada usia 116 tahun


ADDIS ABABA - Sesiapa saja yang melihat lelaki yang bernama Dhaqabo Ebbaa pasti bersetuju peladang dari Habsyah ini sudah amat tua. 
Ebba sendiri mengatakan usianya sudah menjangkau 160 tahun walaupun tidak memiliki sijil kelahiran bagi membuktikannya. 
Ebba membuat kenyataan itu dalam rakaman video untuk Oromiya TV. Wartawan yang mewawancaranya kagum dengan pengetahuannya mengenai sejarah tempatan hingga dia yakin usia bekas peladang itu mencecah 160 tahun. 
Jika usia Ebba boleh disahkan, dia mungkin menjadi individu tertua di dunia menewaskan pemegang rekod sebelum ini, Jeanne Calment, wanita Perancis yang berusia 122 tahun ketika dia meninggal dunia. 
Buat masa ini, Rekod Dunia Guinness mengiktiraf Misao Okawa, 114, sebagai orang hidup tertua di dunia, tetapi terdapat mereka yang lebih tua contohnya, seperti Ebba. - Agensi/myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.