Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 17 September 2013

Kecoh Di Washington DC Selepas Lelaki Mengamuk

Perkhidmatan Rahsia menangkap seorang lelaki yang membaling mercun ke dalam pagar White House

Perkhidmatan Rahsia merebahkan lelaki berkenaan ke tanah

Lelaki tidak dikenali ini di tangkap di luar White House di kawasan Pennsylvania Avenue

Lelaki ini kemudiannya di bawa oleh Perkhidmatan Rahsia tanpa memakai kasut

Perkhidmatan Rahsia dengan segera menangkap seorang pembaling mercun

Seorang wanita yang menyaksikan penangkapan itu, Rachel Jackson, telah memuatnaik gambar berkaitan ke dalam tweeter

Aaron Alexis mengamuk melepaskan tembakan di Limbungan Tentera Laut sekitar jam 8 pagi

Para pekerja di Limbungan Tentera Laut Washington

Kejadian di Limbungan Tentera Laut menyebabkan kehadiran pasukan keselamatan ditingkatkan di luar White House

Jarak antara White House dengan Limbungan Tentera Laut



Perkhidmatan Rahsia telah menangkap seorang lelaki yang membaling mercun ke dalam pagar White House hanya beberapa jam selepas seorang lelaki bersenjata mengamuk melepaskan tembakan di Pangkalan Tentera Laut di Washington. 
Seorang jurugambar Associated Press dan seorang individu yang lalu-lalang di kawasan berhampiran mendengar bunyi seperti dua das tembakan di luar White House pada 3.30 petang. 
Sejurus kemudian, tiga pegawai beruniform Perkhidmatan Rahsia menahan seorang lelaki pertengahan umur di Pennsylvania Avenue. 
Lelaki itu berkulit putih, berambut hitam, memakai baju biru dan seluar putih. Kasut putih terletak di atas tanah berhampiran tempat lelaki itu ditahan. 
Seorang wanita yang menyaksikan penangkapan itu, Rachel Jackson, telah memuatnaik gambar berkaitan ke dalam tweeter dengan komen, "Hanya menyaksikan sesuatu di luar White House, dua bunyi mercun. Polis menangkap lelaki." 
Ibu negara Amerika itu diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga peringkat tinggi selepas Aaron Alexis melepaskan tembakan di Limbungan Tentera Laut sekitar jam 8 pagi. 
Seorang saksi menceritakan keadaan kecoh dan seorang lelaki bersenjata berjalan dengan tenang masuk ke dalam pangkalan dan melepaskan tembakan dengan senapang AR-15. 
"Tiada kata-kata. Dia mengangkat senapang dan mula menembak. Dia tidak berkata apa-apa," kata saksi Todd Brundidge. 
Tembakan dilepaskan di Limbungan Tentera Laut pada 8.20 pagi. Polis berkata 13 orang telah terbunuh, termasuk lelaki bersenjata berumur 34 tahun. Mereka pada mulanya menyangka ada suspek lain terlibat, namun kini percaya dia bertindak secara bersendirian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.