Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 20 September 2013

Awas Peragut Dari Afrika Selatan

Babun ini telah menunggu dengan sabar di tepi jalan sehingga dia akhirnya melihat sasaran yang mudah

Babun di Cape Town, Afrika Selatan ini tidak takut kepada manusia

Babun menarik sayur-sayuran dari kotak yang dibawa oleh wanita ini menyebabkan satu bungkusan plastik terjatuh ke tanah

Babun kemudian melepaskan sayur-sayuran dan mengutip bungkusan plastik itu

Wanita ini berpatah balik dan cuba mengambil semula buah yang hendak dimakan oleh babun


Di pinggir sebatang jalan di Cape Town, Afrika Selatan, seekor babun jantan dewasa yang kelaparan sedang menanti untuk mencari mangsa. 
Di seberang jalan, seorang wanita yang baru selesai membeli-belah berjalan menuju ke kenderaannya sambil membawa kotak berisi sayur-sayuran. 
Apabila wanita itu terlihat babun memandang ke arahnya, wanita itu segera bergerak pantas menuju ke kenderaannya. 
Bagaimanapun babun nekad melancarkan serang hendap terhadap wanita itu dengan meragut sayur-sayuran yang dibawanya. 
Semasa babun meragut sayur-sayuran itu, satu bungkusan plastik yang dibawa oleh wanita ini telah terjatuh ke tanah. 
Babun melepaskan sayur-sayuran dan mencapai bungkusan plastik. Babun mendapati di dalam plastik itu terdapat beberapa biji buah avokado. 
Apabila wanita itu melihat babun hendak memakan buah avokadonya, wanita itu berpatah balik hendak mangambil buah avokado itu. 
Foto di atas dirakamkan oleh Cyril Ruoso, 43, dari Lailly, Burgundy, Perancis, yang mengembara ke Cape Town, Afrika Selatan, untuk mengambil gambar babun yang terkenal di kawasan ini. 
Pada masa lalu banyak babun di kawasan ini telah ditangkap untuk digunakan dalam ujikaji perubatan. 
Bagaimanapun amalan ini telah dihentikan. Akibatnya populasi babun telah meningkat dan lama-kelamaan mereka menjadi tidak takut kepada manusia. 
Terdapat di antara haiwan ini yang tidur di rumah-rumah kosong atau di atas bumbung bangunan dan menyerang pasar tani atau rumah-rumah berdekatan untuk mendapatkan makanan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.