Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 5 Mac 2013

Pencerobohan Sabah Dirancang Sejak Tahun Lalu

Jamalul Kiram III sedang mendengar penerangan anak perempuannya, Jacel Kiram semasa sidang akhbar. Foto: Sabahkini

Jamalul Kiram III (tengah), bekas Ahli Kongres, Satur Ocampo (kanan) dan Rafaelita Gono, peguam perlembagaan (kiri)

Artis Robin Padilla mencium tangan Jamalul Kiram III sebagai tanda sokongan kepada tindakannya. Foto: Sabahkini

MANILA - Seorang pastor yang dikenali sebagai Saycon tampil mengakui beliau adalah penasihat kepada Sultan Sulu Jamalul Kiram III dalam membuat tuntutan ke atas Sabah. 
Saycon berkata beliau bekerja untuk sultan atas kapasiti peribadi dan bukan sebagai Setiausaha Agung Majlis bagi Hal Ehwal Filipina (Copa). 
Dalam temu bual dengan media tempatan Saycon berkata, beliau terpanggil untuk menerangkan keadaan sebenar selepas pengikut Sultan Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia menemui jalan buntu untuk menyelesaikan masalah itu di Lahad Datu, Sabah hingga mencetuskan keganasan. 
Saycon mendakwa sebagai pakar strategi politik dan berperanan ketika penggulingan bekas Presiden Joseph Estrada pada 2001 dan berpengaruh dalam pentadbiran bekas Presiden Gloria Macapagal Arroyo. 
“Sebagai seorang penasihat kepada sultan, saya membantu beliau mengumpul bukti dan dokumen yang akan membantu dalam tuntutan Sabah kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Saya juga membantu beliau menyusun strategi supaya beliau dapat fokus kepada usaha untuk mendapatkan semula Sabah,” katanya dipetik Globalnation Inquirer. 
Ditanya sama ada beliau juga menasihatkan Jamalul untuk menghantar Azzimuddin dan bilangan pengikut ke Sabah untuk menuntut sebahagian wilayah Malaysia, beliau mejawab: “Tidak." 
Namun beliau mengakui bahawa mengetahui tentang rancangan menuntut Lahad Datu sejak Ogos lalu. 
Saycon berkata, terdapat empat percubaan untuk memasuki Lahad Datu iaitu pada Ogos dan September lalu. 
“Ketika itu, saya juga mendapat tahu tindakan nekad memasuki Lahad Datu disebabkan terdapat pengikut mereka Tausug di Sabah tertindas ini menyebabkan Sultan Sulu berasa malu kerana tidak mampu berbuat apa-apa. Beliau juga menerima laporan bahawa terdapat pengikutnya dipukul anggota keselamatan Malaysia sebelum dihantar pulang ke Sulu dan Tawi-Tawi,” katanya. 
Menurutnya, selepas kerajaan menandatangani perjanjian damai awal dengan Barisan Pembebasan Islam Moro pada Oktober 2012, terdapat ketegangan dalam pentadbiran kesultanan, tetapi tiada rancangan untuk menduduki Sabah. 
Namun, Jamalul khuatir dan kecewa kerana permintaan mereka kepada kerajaan termasuk tuntutan Sabah dalam rundingan damai dengan Bangsamoro itu tidak dinyatakan. 
“Percubaan ketiga adalah pada November selepas Jamalul mengeluarkan 'dekri diraja' membenarkan Azzimuddin pergi ke Sabah, perintah itu dikeluarkan semasa mesyuarat puak di Bandar Zamboanga. 
Beliau berkata, sebelum Disember lalu beliau mendapat tahu Azzimuddin telah mengumpulkan senjata untuk penyokong dan pengikut menyeberang ke Sabah. 
“Segala tindakan beliau dari awal tidak saya setuju, malah saya meyakinkan beliau supaya mengumpul dokumen dan sokongan untuk dihantar kepada jawatankuasa Kehakiman PBB kerana itu usaha terakhir bagi mereka,” katanya. 
Saycon berkata, Kiram menjelaskan kepadanya bahawa Kesultanan Sulu tidak mempunyai pilihan tetapi akan melakukan apa sahaja yang didesak oleh pengikutnya. 
“Mereka akan kehilangan maruah jika gagal untuk melakukannya, sebagai pengikut mereka hanya mahu merebut kembali Sabah dan perkara itu memberi tekanan kepada sultan,“ katanya. - Sinar Harian

Baca juga cerita lain motif pencerobohan Sulu di Lahad Datu di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.