|
Saintis percaya matahari akan menjadi semakin panas dan tiada hidupan di dunia yang dapat bertahan |
|
Bumi kini berada pada jarak yang sempurna dari matahari, untuk menyokong kehidupan |
|
Jika ramalan penyelidik dari University of East Anglia menjadi kenyataan, semua air di bumi akhirnya akan kering |
Dunia tidak akan berakhir dalam tempoh terdekat. Kehidupan akan kekal di bumi sekurang-kurangnya 1.75 billion tahun atau mungkin 3.5 billion tahun lagi.
Selain itu, saintis percaya matahari akan menjadi sangat panas sehingga tiada apa yang akan dapat bertahan.
Sejak kewujudannya, planet kita telah berada pada jarak sesuai dari matahari untuk didiami.
Bumi berada dalam zon yang membolehkan lautan untuk berada dalam suhu yang tidak terlalu panas sehingga mendidih, atau terlalu sejuk sehingga membeku menjadi ais.
Masalahnya ialah, matahari menjadi lebih panas dari masa ke masa, menyebabkan tempoh bumi boleh didiami berlalu.
Sebagai bintang yang memancarkan lebih haba, mana-mana permukaan air di planet berdekatan matahari akan kering dan tanpa air tiada yang boleh meneruskan hidup.
Pada ketika ini, bumi akan 'berpindah' keluar dari zon yang boleh didiami walaupun kedudukannya masih sama.
Ramalan ini dinyatakan oleh pakar-pakar di University of East Anglia, yang percaya dunia boleh bertahan dalam zon yang boleh didiami antara 6.3 billion hingga 7.8 billion tahun sejak kelahirannya sekitar 4.55 billion tahun lalu.
Ini bermakna hanya ada 1.75 billion hingga 3.5billion tahun tempoh kehidupan di bumi ini.
Andrew Rushby, seorang penyelidik di universiti tersebut berkata, "Selepas tahap ini, bumi akan berada dalam zon panas matahari, dengan suhu yang begitu tinggi dan laut akan kering.
"Kita akan melihat bencana dan kepupusan semua hidupan."
Manusia akan menjadi antara spesies pertama yang akan pupus.
"Manusia akan menghadapi masalah walaupun dengan peningkatan kecil suhu dan hanya mikrob yang mampu bertahan dalam persekitaran dunia yang semakin panas," kata Encik Rushby.
Projek penyelidikan juga mengkaji prospek untuk mencari kehidupan di planet lain dengan jangka hayat yang panjang untuk didiami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.