|
Tabitha Leah Ritchie ditahan ketika cuba menaiki penerbangan Air Canada di Bogota |
|
Polis Colombia menunjukkan Ritchie (kiri) ditahan di lapangan terbang Bogota hari ini bersama perut palsu dan 2 bungkusan kokain |
|
Pegawai Colombia berkata 874 warga asing sedang ditahan di lokap negara ini, kebanyakkannya atas tuduhan dadah. |
Seorang wanita Toronto yang 'mengandung' yang cuba menyeludup 2 kilogram kokain ditangkap hari ini di lapangan terbang Bogota oleh polis Colombia.
Kol Esteban Arias berkata Tabitha Leah Ritchie 28 tahun ditahan ketika cuba menaiki penerbangan Air Canada di Bogota selepas pegawai pemeriksa mendapati perut wanita itu terlalu sejuk dan keras.
Beliau berkata polis menemui perut palsu yang dibuat daripada getah dilekatkan pada badan beliau dan mereka menemui 2 kilogram kokain.
Polis berkata Ritchie tiba di Colombia pada 6 Ogos dan dia dikenal pasti sebagai seorang pekerja sosial.
Kedutaan Kanada tidak memberikan reaksi terhadap permintaan untuk maklumat lanjut.
Pegawai Colombia berkata 874 warga asing sedang ditahan di lokap negara ini, kebanyakkannya atas tuduhan dadah. - Mail Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.