Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 27 September 2013

Nissan Tarik Balik Hampir Sejuta Kenderaan

Van mini Serena

Kereta mewah Infiniti M Sedan

Kenderaan utiliti sukan X-trail




TOKYO - Syarikat pengeluar kereta Jepun, Nissan Motor Co. mengumumkan, pihaknya menarik balik sejumlah 908,900 kenderaannya di seluruh dunia semalam kerana kerosakan pada sensor pemecut. 
Masalah tersebut boleh menyebabkan kenderaan bergerak perlahan dan enjin kenderaan gagal berfungsi. 
Menurut Nissan, sensor itu dikeluarkan di Jepun. 
Penarikan semula itu dilapor membabit- kan model van mini Serena, kereta mewah Infiniti M, kenderaan utiliti sukan X-trail dan beberapa model lain. 
Bagaimanapun, setakat ini belum ada la- poran kemalangan atau kecederaan berhu- bung masalah tersebut. 
Firma yang berpangkalan di Yokohama menyatakan bahawa kebanyakan kenderaan yang dipanggil balik melibatkan Jepun, Amerika Utara, Eropah dan Oceania. - AP/Kosmo! Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.