Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Ahad, 22 September 2013

Bom Atom Nyaris Meletup Di Amerika

Eric Schlosser mendedahkan, sebutir bom atom milik Amerika Syarikat hampir meletup di Carolina Utara pada tahun 1961

Bom atom itu nyaris meletup empat hari selepas John F. Kennedy dilantik sebagai Presiden AS pada 20 Jan 1961.

Jika letupan berlaku, berjuta-juta penduduk dari Washington hingga ke Baltimore, Philadelphia dan New York mungkin terbunuh


LONDON - Sebutir bom atom milik Amerika Syarikat hampir meletup di Carolina Utara pada tahun 1961, menurut beberapa dokumen sulit yang disiarkan oleh sebuah akhbar Britain kelmarin. 
Bom tersebut adalah 260 kali ganda lebih kuat daripada bom atom yang memusnahkan bandar Hiroshima pada tahun 1945. 
Akhbar Guardian melaporkan laporan itu yang ditulis lapan tahun lalu, diperoleh wartawan siasatan, Eric Schlosser di bawah Akta Kebebasan Maklumat. 
Laporan itu mengandungi bukti bahawa AS hampir ditimpa bencana nuklear pada Januari 1961. 
Insiden berkenaan berlaku apabila dua butir bom Mark 39 terjatuh di sebuah padang dekat Faro, Carolina Utara selepas sebuah pesawat pengebom B-52 patah di udara. 
Kerajaan AS berulang kali menafikan terdapat kelemahan dalam sistem persenjataan nuklearnya yang boleh mengancam nyawa rakyatnya sendiri. 
Namun, dokumen itu menyebut, mekanisme sebutir bom atom berkenaan aktif tetapi peledak nuklear pada kepala bom itu gagal dihidupkan. 
Sebutir bom itu boleh mengancam nyawa berjuta-juta penduduk dari Washington hingga ke Baltimore, Philadelphia dan Bandar Raya New York City. - Reuters/Kosmo Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.